Friday, November 4, 2011

Biskut Cip Coklat (lagi!)

Entri terakhir 6 Oktober? Ya rabbi.

Sudah lama mahu cuba resepi yang kerapkali masuk dalam inbox email saya. Yang konon-kononnya ada orang jumpa sesuatu dalam biskut Famous Amos, kemudian mahu tuntut rugi, kemudian pihak Famous Amos mahu beri resepi rahsia mereka. Entah betul entah tidak, tapi mereka yang sudah cuba kata resepi ini lazat. Jadi saya cubalah. Terima kasih Wafaa, yang beri resepi ini (sebab saya malas mahu geledah inbox).

Saya cuma buat untuk adunan satu cawan tepung, sebab banyak sangat nanti banyak batch kena bakar, dan saya malas. Haha.






1) Pukul 1 cawan mentega dengan 1 cawan gula pasir dan 1 cawan gula perang hingga ringan. 
2) Masukkan 2 biji telur (suhu bilik) dan pukul lagi. Masukkan 1 sudu teh esen vanila.
3) Masukkan bahan-bahan yang sudah diayak ( 2 cawan tepung gandum, 1 sudu teh serbuk penaik, 1 sudu teh bikarbonat soda) dan secubit garam.
4) Bila sudah rata, masukkan 2 1/2 cawan oat yang telah dikisar dan 9 oz choc chip (atau coklat cadbury yang dicincang kasar).
5) Bakar pada 180 darjah celcius, selama 12 minit (atau kurang, bergantung pada saiz biskut. 

Saya buat besar-besar, cepat selesai dan makan sikit dah kenyang. Haha. Dan ikut resepi asal guna coklat cadbury, tapi saya guna cip coklat. Dan boleh juga masukkan apa-apa kacang yang dicincang kasar. Kacang panjang tak bolehlah. 




See, how big? Haha (gelak puas hati).






Sekian, boleh buat biskut untuk raya. Selamat menyambut Aidiladha!

P/s: Lebih lama adunan disimpan dalam peti sejuk selepas dicampur, lebih sedap. Saya simpan dua hari. All the ingredients release their flavor bit by bit, especially the chocolate. Oh sedap. Tapi janganlah simpan sebulan. *Roll eyes*.



4 comments:

Nida Shaari said...

huk huk dah 2 kali kakak try buat cookies untuk Muhammad masih belum berjaya untuk dapat hasil bakaran yang cantik dan rangup..

ieja said...

eh, maksudnya lepas adun kna refrigerate dulu baru bakar kah?

AyinEmran said...

Nida: cuba lagi semoga sukses!

ieja: Ya, kalau nak lagi sedap.

aS_c0mei said...

ayin,sgt terliur!nampak mudah je resepi tu.kena try nih.tp takde stok choc chip la pulak.

okay,lapar.