Of hopes and dreams


                                         



This is going to be a random entry, so bear with me.

Sejak mula blog bisnes kecil-kecilan saya, saya rasa menjual biskut secara banyak dan dalam balang plastik bukanlah apa yang saya rasa saya mahu. But I'm not complaining since the main objective now is not the money, but the lesson learnt along the way. 

Belajar packaging, belajar mempromosi, belajar cara berurusan, belajar ikat riben, belajar membahagi masa antara keutamaan keluarga dan bisnes kecil, belajar menguruskan modal dan keuntungan. It is small business, but hey I learnt a lot already. Saya sudah lama mencanangkan tentang pengambilan tempahan, tapi bisnes betul-betul mula rancak sejak blog bisnes saya lancarkan. Wah lancarkan konon. So I've learned that people like to have choices that they can see. Bukan setakat beritahu, silalah tempah, yada yadaa. 

Big thanks to Marliza who keep pushing me to do this properly, and to my dear husband who force me to do everything thoroughly. Dan juga untuk modal yang dipinjamkan. Bukan ada modal sangat pun, setakat duit belanja rumah yang dipusing-pusing. Hihi. Told you it's a very small business from home. Wah ucapan macamlah dah jauh belayar. Haha.

My ultimate dream is actually to serve people good food, with good ambience. Dalam fikiran saya, adalah mahu ada rantaian kedai kopi, dengan pilihan makanan yang tertentu. Siapa minum kopi dapat biskut gourmet sekeping, besar. Kemudian boleh pilih kopi jenis apa, kopi Tenom, kopi Jawa, kopi 434, atau kopi Ipoh. Atau teh. Pun boleh. Dan ada latarbelakang lagu Michael Buble, atau Zee Avi. Dan ada pilihan pastri yang guna mentega bermutu. Do you know a good butter goes a long way? Saya pernah cuba buat biskut guna mentega campuran (Buttercup) dan mentega mahal sikit. Oh ada beza. Itu belum guna Lurpak. 



Eh pergi cerita pasal mentega pula. 



Cita-cita saja. It never hurts to dream. Setakat belum bekerja sepenuh masa ini, bolehlah saya bercita-cita dulu. Kumpul idea, kumpul rancangan. Andaikata satu masa saya lupa, saya ada kalian untuk ingatkan. 
Mestilah emak dan ayah mahu lihat saya bekerja makan gaji, sebab ia lebih kukuh dan stabil. Kalau ada rezeki, saya mahu buat dua-dua. Kalau diizinkan Tuhan. Sebab semua impian ini adalah impian sementara hidup dalam dunia. 


Hidup di akhirat, impian paling sempurna, mestilah mahu masuk syurga. Bila masuk syurga, semua pun boleh buat. Kedai kopi, makan mentega tapi tak gemuk, semualah. You name it, you'll get it. Tapi syaratnya kena masuk syurga.


Habis dah merepek. Dah lama tak buat kerja macam ni. Sekejap lagi mahu bersosial dengan budak dalam gambar. Gambar atas, masa dia umur 12 bulan. Tembamkan? Haha. Gambar bawah masa dia umur 20 bulan, yakni yang paling terkini. Gambar makan biskut hitam, a.k.a Totally Chocolate Choc Chip Cookie. My own cookie monster. Kadang-kadang bukan makan pun, makan sikit, selebihnya main pecah-pecah terabur-terabur atas sofa. Pengsan. 

Sampai sempat saya menulis lagi. This is such a theraphy. Thank you.

Comments

HW said…
Comelnya Kasih! Tak apa, sikit-sikit bisnes lama-lama ia berkembang, mudah-mudahan!

All the best, Ayin!

-Wahida-
hanakirana said…
Ayin!!

Tahu tak?? Salah satu impian aku adalah buka sebuah book cafe yg serve really good coffee, coffees, good hot food bla bla bla. Kita ada impian yg hampir serupa walaupun tak pernah jumpa ataupun berbincang! Apakah maknanya ini??

Mungkinkah kita akan dan boleh berkerjasama suatu hari nanti?

haha

yes but it never hurts to dream. :)
hanakirana said…
tu dia, excited punya pasai sampai dua kali aku ulang taip coffee.
ila nursalida said…
pernah cuba buat kek guna mentega mahal,mmg ada beza. bila pkl dengn gula terus putih melepak...teman serumah sy x gemar sgt rasa mentega asli tersebut..huh
AyinEmran said…
wahida: Thanks dear!

Hana: Mari jumpa! Semoga selesai buat PHD dgn segera dan dpt pulang Malaya, kemudian kita discuss ok?

Ila: Ada orang tak suka kan?
Rin said…
betul tu.. sy pun try small business spjg tahun ni.bukanlah sebab duit sgt.tapi sebab nak belajar.. mmg banyak dpt belajar tapi byk lg yg perlu dipelajari.

semoga impian ayin tercapai :)
Ummi Salsabila said…
Kak ain membebel pun ada input.Haha.
Teruskan kak ain.Kecil2 lama2 jadi besar.berangan2,lama jd realiti.
Nak bukak kedai kopi? cafe? odah nak join.Hahaha
sham said…
lemme know bila ayin dah bukak coffee shop, i'll be ur regular customer! ;)
AyinEmran said…
Rin: Kan? Banyaknya tak tahu. Ingatkan senang. Tapi semua kena ada effort.

Odah: Haha thanks Odah, doakan ya.

Sham: Awhh you are too sweet. :)
saisyahk said…
Salam ayin? Care to share you pakai oven apa? Since i am gonna buy a new one sbb current oven terlampau comel dn masak kek tak sekata. Thought of buying a bigger one, so would you suggest me one?
fieza said…
Ayin dear,

5 years ago, mungkin fikiran aku sama seperti typical parents yg inginkan anak2 mereka bekerja dan ada pendapatan sendiri. But, I've come to learn(in about 5 years) that money is not a guarantee to happiness dan happiness itu subjektif pada setiap individu (aku suka rumuskan; Happiness=Kelapangan Dada)

Insyaallah cita2 coffee shop you akan tercapai :)

p/s: Sorry membebel kat sini. Blog sendiri malas nk update.. hahah
AyinEmran said…
Aisyah: Mine pun oven kecik je, jenis Pensonic, tapi alhamdulillah ok. Skrg target nak kumpul duit beli yg jenis gas (yg ada stove kat atas tu) sbb my mom punya nampak ok. Kalau oven guna gas, dia punya temp accuracy kurang sikit tp kurang bil letrik. Elektrik punya mmg accurate, senang tapi bil letrik mahal lah nanti. Depends on your budget. :D

Fieza: Thanks Fieza. Aku pun rasa mcm tu, tp ye lah, nak cari keberkatan parents, aku nak try buat apa yg parents aku nak dulu. Hihi skrg pun tak keje.

Doakan aku ok? :D

Ezany: My friend pun ada ckp pasal cookies Subway! Teringin nak try. Thanks dear!
amy mieza said…
Ayin,
Nak komen jugak pasal small bisnes ni walaupun baru je komen dekat entry resepi yang banyak tadi.

I pun ada buat small bisnes jugak. Memang ada banyak rintangan dan pelajaran. Dan bisnes kecil tu bukan untuk duit tapi lebih kepada kepuasan sendiri. Dapat jual barang dan pulang modal pun dah happy.

Good luck dengan cafe kamu, kalau dah ada nanti hebah2kan, mungkin boleh pergi lepak.

Popular Posts