Resipi, resipi, resipi!

Dah lama rasanya tak berkongsi resepi. Sebetulnya, saya lebih seronok bila dapat kongsi rasa yang sama bila ada orang lain yang buat resepi yang saya dah cuba. Usaha saya untuk point akhirat. Walaupun bukan resepi original saya yang cipta, tapi bukankah berkongsi ilmu itu juga ibadat?

Ada banyak pending recipe, so here we are. 

Soft & Chewy Chocolate Chip Cookies, resepi asal dari sini (resepi Anna Olson). Terima kasih pada Imee yang beri link ini. *Tips, jangan bakar lebih dari 10 minit, untuk dapatkan kesan soft and chewy. Jika terlebih sikit, jadi rangup, tapi masih sedap. Tapi apapun, terpulang pada jenis oven kalian. Kalau nampak macam mentah, sambung lagi bakar. Agak-agak sendiri, ya? Ya saya ada ambil tempahan bagi sesiapa yang tidak sempat untuk buat sendiri tapi mahu rasa. 




Totally Chocolate Chocolate Chip Cookies. Saya jumpa resepi ini lepas menonton video Nigella di youtube. Sila salin resepi ini dari sini. Lazatnya biskut ini, sampai tahap saya rasa berdosa makan kepingan kedua. Sangat banyak cip coklat, nanti masa buat, jangan rasa terkejut ya. Bagi yang tidak sempat buat, mahu rasa, saya ada jual. Boleh order. :D





Red Velvet Cake. Kek Baldu Merah. Sebelum jumpa resepi ini, saya pernah buat guna resepi lain, dan tak jadi sangat. Saya fikir, kepatuhan pada bahan-bahan dalam kek, dan kepatuhan pada arahan resepi ini sangat penting. Itupun saya terpaksa guna substitut buttermilk, kalau ada buttermilk mungkin lebih lazat. Seperti kata Marliza, kesedapan kek ini bergantung kepada frostingnya. Kalau makan kek saja mungkin tidaklah  hebat sangat. Tapi saya macam risau-risau juga sebab ada banyak pewarna makanan. Bagi yang menjaga kesihatan, mungkin boleh cari pewarna merah asli (dari beetroot). Atau tukar saja jadi warna hijau guna pati pandan. Jadi Green Velvet Cake.




Roasted Chicken with Rosemary and Lemon. Resepi asal oleh Jamie Oliver. Sila salin dari sini. Seperti kebanyakan resepi Jamie, semuanya jenis belasah masuk semua dalam oven dan sejam setengah kemudian, tadaaa. Siap. Dan lazat menjilat jari. Resepi ini senang. Saya buat seekor ayam. Ingatkan ada lebih boleh simpan untuk buat sandwic pagi esoknya. Sekali habis semua. Ada tiga orang saja dalam rumah saya. Haha. Kasih pun suka (Kasih yang memilih makan itu). Sila buat jika anda ada tetamu dan tak sempat masak lama-lama di dapur. 


Selamat mencuba!

Comments

Marliza Radzi said…
Ayam menggiurkan please.
AyinEmran said…
Sungguh senang, sila buat please.
Ummi Salsabila said…
Terima kasih kak ain.Semua sedap2! Belum cuba buat biskut.:)
Unknown said…
omg,sedap2nya..u stay kat mana??nak tempah..
amy mieza said…
Baiknya share resepi yg dijual jugak.
Agak2 ada peluang/harapan pindah Kerteh ke? Takyah buat Green Valvet Cake sendiri, tempah dari Ayin saje.

Popular Posts