Kasih went to school



We've been sending Kasih to playschool last week. Ada banyak sebab kami hantar, antaranya:

1) Kasih terlalu manja dengan saya, risau juga bila betul-betul ke sekolah nanti, akan jadi terlalu sukar. So playschool seems like a good idea.
2) We need her to socialize more, with kids her age.
3) I think she might be bored with everyday routine at home.
4) We want her to learn and expose to some Islamic education, some of which can't teach her myself.

Kami bercadang cuba seminggu dulu. Jika Kasih ok, boleh teruskan. Janji dengan pengetua sekolah, hantar Kasih untuk setengah hari saja. Dari pukul 8 sampai pukul 12.

Untuk hari pertama dan kedua, Kasih seronok. Tapi saya masih belum  berani tinggalkan dia. Playschool  ini ditempatkan di sebuah rumah teres dua tingkat. Jadi paling jauh saya berada dengan Kasih adalah di tingkat bawah, dia sama-sama dengan Cikgu di dalam kelas.

Hari ketiga, cikgu yang jaga kelas Kasih beri isyarat saya boleh pulang. Saya risau juga. Tak pernah tinggalkan Kasih kecuali dengan Zul. Saya bukan tak percaya pada cikgu-cikgu, tapi tak percaya Kasih tak akan menangis. Belum pukul 12 saya dah datang semula. Rupa-rupanya dia teringat saya dan dia sedar yang saya tak ada. Menjerit juga sampai classmate terganggu. 

Hari terakhir minggu itu, Kasih masih mahu pergi sekolah, tapi bila sampai dia jadi trauma terus pegang kuat tak bagi saya lepas. Disebabkan Kasih pun selesema teruk, saya bawa balik terus. 

Minggu seterusnya hari Isnin saya bawa juga, sebab bila tanya 'Kasih nak pergi school?' 'Nak!'. Kasih memang sebelum ini pun akan jawab nak jika tanya tentang sekolah. Sampai sekolah saya memang kena duduk sama-sama dalam kelas, sampai sudah. 

Kemudian hari Selasa kami balik Melaka ada kecemasan keluarga. Itulah riwayat persekolahan awal Kasih. Sekian.

Ada beberapa perkara yang menyebabkan kami berkeputusan untuk tidak meneruskan Kasih ke sekolah.

1) Sebelum bawa Kasih, kami berbual di telefon dengan pengetua tentang sistem yang digunakan di sekolah. Tapi bila Kasih di sana, banyak yang saya rasa, cuma teori. Contohnya pendidikan Islam awal untuk kanak-kanak (ini antara benda paling penting kami cari bila menghantar Kasih). Bukannya yang susah-susah pun, seperti budaya membaca doa sebelum masuk kelas, membaca doa makan beramai-ramai, mengenal huruf hijaiyah, salam cikgu bila masuk dan pulang dari kelas. Benda-benda mudah, tapi penting untuk ditanamkan sejak kecil. Ada kelas memang baca doa ramai-ramai untuk guru yang beragama Islam. Kelas Kasih (hari-hari tertentu) dijaga oleh guru bukan Islam. Jadi bila tiada orang yang guide doa, saya yang tolong bacakan. Kalau saya tiada, siapa nak baca?

2) Kelas Mandarin pun ada disebut ketika belum masuk sekolah. Tapi sepanjang seminggu, Kasih tak belajar Mandarin pun. Guru Mandarinnya ada, cuma tak diajar di kelas Kasih. 

3) Guru yang ada kelulusan Early Education cuma dua orang (yang saya kenal) dan salah seorangnya, pengetua. Saya suka pengetuanya mengajar, dan Kasih pun suka, cuma dia tidak mengajar kelas Kasih. Takkanlah saya mahu menjadi diva suruh dia ajar Kasih seorang. 

4) Guru kelas Kasih seperti kekurangan bahan untuk mengajar. Saya ada cadangkan lagu Incey Wincey Spider & One two buckle my shoe pun mereka tak tahu. Saya seperti mahu hadiahkan VCD Barney untuk mereka. Kadang-kadang bila kelas tak terkawal dan guru keluar sekejap, saya ambil alih sambil menyanyi lagu atau ajar colours untuk tenangkan kanak-kanak. At one point I was considering to apply to be a teacher at that school. 

4) Kasih ada sedikit selesema masa masuk sekolah, tapi jadi makin teruk sepanjang tempoh seminggu lebih dia di sekolah. Ini perkara yang saya fikir tak boleh dielakkan, di nurseri atau taska, biasalah senang berjangkit.

Apa pun, yang kami cari adalah peluang Kasih untuk bersosial dan belajar berkawan. Belajar akademik mungkin saya dan Zul boleh ajar sikit-sikit mana yang boleh. Bila fikir-fikir balik, tidaklah kami begitu terdesak untuk hantar Kasih ke sekolah. Sementara saya tidak bekerja, tak mengapalah Kasih di rumah. 

Tapi ada beberapa kesan positif sejak bersekolah, antaranya:

1) Tidur awal, bangun awal dan sarapan dengan cemerlang. Tidur awal pukul 9.30 malam.
2) Boleh duduk dalam kereta dengan tenang (walaupun ada kes terpencil meraung) bila saya pandu kereta.
3) Makan lebih banyak daripada biasa.

Tapi bila dah berhenti sekolah ni, jadual tidur jadi asal semula. Pengsan. 

Masa kami belum buat keputusan, Zul suruh tanya pendapat orang lain. Sebab kami belum pernah pergi Taska/Playschool yang lain. Mungkin begini keadaannya. Tapi tak sempat tulis blog, sibuk sangat. Alangkah indahnya jika ada Little Caliph di sini. 

Apa pendapat kalian?

Comments

Anonymous said…
kasih memang comel
shes' so adorable n more n more looking like u... owh seriously miss you ayien hehehhehe..... hurm nak bg pendapat wanie lom kawen anyway i hope you'll find the best solution for kasih... miss both of u guys...
fieza said…
From summary ni, I conclude you kena cari another play school for Kasih. First, the mom have to be satisfied before anak2. Because we know better :) heheh

Like I don't mind paying more or travelling a bit further to send Yuni for better education. It's an investment.

Timing wise, you know your child better. But, basically children resemble their mothers closely. If you want her to socialize, you need to socialize first and Kasih will follow your steps ;) Mungkin you need to bond with other kids more? Mmg banyak trial and error in educating children, especially the first one.

But, make sure we are open to changes and opinions. Try out anything, just not everything at 1 time.. hehe Plus, always remember that every child is a special individual.

Just because Kasih is clingy to you doesn't mean its a bad thing, maybe she just need more time. Baru 2 tahun.. Take it positively :)

Mcm yuni suka menjerit, I admit because I raise my voice quite often. I raise my voice to get her attention sbb dia easily distracted (easily distracted pon because me and her nenek rajin distract dia masa kecik dulu-> See? last2 kita jugak penyebab nya) Countermeasure; jgn bawa tempat yang senyap. Improvement; I have to stop yelling/raising my voice + get her to focus on one skill-developing activity. Seminggu 2-3 class pon takpe. Still searching tho.

Little Caliph ada dekat area Klang. Not that I don't want to send her ASAP. Tp, aku dulu pon start tadika Islam at 6. Maybe this year try out slowly dulu. Tgk respond macam mana etc. baru judge whether she REALLY needs the Tadika now.

Observe and be positive in any decision you take. I'm sure you'll find the most suitable decision for Kasih, Insyaallah! :)
CikJa said…
i left a comment the other day, tp x kluar, then mals nak comment balik.

but is supposed Fieza had a point.

maybe instead of cari school for kasih, try find her playdates instead? as from what i understand u're trying to get her to socialise a bit more so that it will be easier once she goes to school, kan? just so that she can get use to the idea of playing with someone more or less her age. if too young, or too old pun susah jugak sbb milestone dah lain sangat.

aku rasa lah, i'm lucky that adam ada cousin his age and tinggal dekat, so dia ada kawan. tp tu laa dia mengganas jugak. baru je hari tu dia kerjakan anak pakcik aku, tarik rambut budak tu. apa ntah yg dia geram sgt. tskk.. nasib baik laa makcik pakcik aku ok..kalu anak org lain, tak tau lah. huhuh
CikJa said…
oh by the way, i found this blog yg sgt menarik

www.handsfreemama.com

(mind u i cried reading the 3 latest posts. but i supposed that's just the pregnancy hormones kicking in, and the fact that i hev to stay here in this boring hospital bed. hahah)
AyinEmran said…
Thank you so much for your feedback, Fieza & Ieja!

Popular Posts