Hello from Okpo!

Hai semua.

Lama betul tak menulis. Kali ini, saya rasa perlu mendokumentasikan pengalaman hidup di tempat orang, supaya ada orang lain boleh dapat manfaat dari tulisan ini. Or the other way around. 

We reached Gimhae International Airport at 2pm Malaysia time. Approximately six hours of flight from KLIA. Allah saja yang tahu betapa lega dan bersyukurnya kami bila dapat mendarat dengan selamat. It has been almost 2 years since our last flight from Bintulu. So many incidents happened to airplane lately. Nauzubillah. 

Alhamdulillah dah selamat tiba. Even though the kids needed my attention most of the time, and I didn't get proper rest on the flight, nothing that extraordinarily difficult that I couldn't handle. Plus, Zul keep checking on us whenever I needed toilet breaks. 


Berdebar jugalah masa sebelum naik sebab Ikhlas jarang naik kapalterbang, tak macam Kasih. Ini kali ketiga dia naik, dua tahun lepas, Ikhlas masih bayi. Dulu menangis, bagi susu. Kali ini tak boleh bagi susu terus diam. Kena layan dia duduk bangun, kacau kakak, tegur orang depan belakang semua. Pheww. 



Kasih sibuk sangat dengan activity book dia. Baru nak terlelap tanya itu, ini. Lepas tu nak pergi toilet buang air besar. Tidur? In your dreams, mummy. 



When arrived at our apartment in Aju-dong, after a brief explanation by the house agent, it was almost maghrib, and started to get dark. Cuaca agak sejuk dan hujan ketika sampai, agak tak sesuai untuk bawa semua orang untuk keluar makan. Zul keluar cari roti, telur dan susu, dan sedikit keperluan makanan dari kedai berdekatan dan kami makan malam itu seadanya.  Mujur juga ada sebungkus lagi nasi ayam dari flight meal, sempatlah tenangkan kanak-kanak yang kelaparan.

Bersyukur sangat rumah sangat selesa dan luas. Oven pun ada. Itu yang penting. 

Hari kemudiannya, kami uruskan pendaftaran alien card di pejabat kastam Geoje. Untuk penduduk asing yang akan menetap lama di Korea, alien card diperlukan sebagai dokumen pengenalan. 

Kami ke World Mart pada hari Sabtu untuk keperluan makanan halal. There were some familiar brands in English label and some halal chicken and meat. Zul bought local simcard there too, and we got a free pack of pistachio nuts for spending almost 100, 000 won there. Nice. 

Zul bawa kami makan malam Sabtu. Makan ikan bakar satu set 44,000 won. Budak-budak tak makan ikan pun, makan nasi dengan condiments pun dah kenyang. Tapi tak bolehlah order condiments saja, kan. 

Ada condiment jeruk bawang putih yang sangat sedap. Teringat jeruk chowrasta. 


Ikan maroo. Simply delicious. Bahagian pipi yang cemerlang.



Secebis bandar Okpo pada waktu malam. Cold and windy. Brrrr.


Saturday lunch after groceries shopping. Usmania, Pakistani halal restaurant.


Aktiviti hari Ahad saya simpan untuk entri khas. Hopefully this blog writing thingy is something I can do consistently. Hah.



Comments

sheilazrien said…
siap buat alien card.. maksudnye lama laa kak ain kat sana eh.. sempat x nk terjah ? Haahaa.. :)

Popular Posts