Aiskrim pisang bercoklat



Sebetulnya saya mahu tulis entri ini waktu bulan puasa, sebab memang buat resepi ini untuk berbuka tempoh hari, tapi sebab Arin beritahu dia setuju dengan saya untuk gantung gambar makanan, maka tak jadi.

Saya teringin makan coklat bersama pisang, maka lepas google nampak gambar ini. Kebetulan saya ada semua bahan yang diperlukan. Memang senang pun.




1) Panggang setengah cawan kacang, dan tumbuk kasar. Apa-apa kacanglah yang anda suka. Jangan kacang panjang atau kacang buncis sudahlah.


2) Cairkan setengah cawan cip coklat dalam mikrowave selama 2 minit (atau hingga cair).


3) Potong 6 biji pisang ikut serving size yang dikehendaki. Cucuk dengan lidi, atau kalau ada batang aiskrim lagi bagus.



4) Kemudian, salutkan pisang pada coklat cair, dan kemudian salutkan dengan kacang pula. Berhati-hati dengan coklat cair sebab panas baru keluar microwave, oh jangan lama sangat sampai coklat jadi keras semula, tau?


5) Siap. Keraskan dalam peti sejuk beku. Makan bila sudah berbuka. Kalau tak puasa, makan bila sudah keras coklatnya. Ada macam makan aiskrim sikitlah. Cuma ada perasaan pisang.



Cubalah. Senang, kan?




Comments

Marliza Radzi said…
Cantiknya gambar weh! *telan air liur*

Popular Posts