ratu sehari dan perpindahan

Saya tercari cari di seluruh bandar miri, juga bintulu (ehem*konfem takde), sama ada tiada atau sudah habis. Sempat juga saya mencadangkan pada sorang apek kedai buku untuk membelinya untuk saya dan nanti saya beli dari dia. Eheh. Teruja kerana kononnya ada gambar saya di dalamnya.


Pagi tadi, belumpun pukul 9 ada posmen membingitkan honnya, rupanya ada kiriman majalah dari semenanjung. Yeay yeay, thanks a lot to Marliza, yang juga yang mengkhabarkan berita itu.

Apalah yang dihebohkan sangat? Majalah itu (rujuk gamba ya). Benarlah itu gambar saya, meskipun cuma tangan dan sedikit baju ketika menjadi Ratu Sehari 4 bulan lepas.


Terima kasih juga pada Suriya GA yang memilih untuk menempekkan gambar itu. eheh. walaupun satu, sebagai saya yang bukan selebritis, maka saya suka la.

Oh, saya sudah berpindah ke sini, daripada sana, kenapa? Adalah sebabnya.

Oh juga, selamat pengantin baru untuk sepupu saya yang akan bernikah malam ini, Raudhah dan bakal suaminya Shafiee. Semuga perkahwinan dan majlis diberkati Allah dan dipermudahkanNya. Amiiin.

Comments

Marliza Radzi said…
yeay! ruang baru, gaya baru. rajin-rajinlah mengemaskini!!! :)

Popular Posts