Alam bagai mengerti, segala yang terjadi..

Sejuknya hari ini dengan hujan lebat sejak pagi menatijahkan saya bersin lagi dengan hidung tidak henti berair mukus. Untuk menjimat tisu, saya melawan kesan graviti terhadap air hidung yang mahu turun dengan berbaring. Alahai, sudahlah sejuk nyaman, nikmat berbaring lebih dirasai dengan mengerokot di dalam selimut. Bukan. Saya tidak bermaksud memberi cemburu, tapi itulah. Hikmah di sebalik selesema. Berehat-rehat juga, jam sebelas harus bangkit memasak dalam selesema masih berbaki sedikit sedikit. Inilah, saya masak yang ringkas-ringkas saja. Udang Masak Lemak Kacang Panjang dengan Terung Goreng Berlada. 



Udang Masak Lemak Kacang Panjang


Cara-caranya,

Kisar bersama bawang merah, bawang putih, sedikit belacan, kunyit, dan cili merah (atau cili padi)
Didihkan sebentar dalam periuk bersama serai (sebesar dua inci yang diketuk), kemudian masukkan santan.
Bila kelihatan hampir mendidih, masukkan udang.
Sambil sentiasa dikacau, tunggu udang sehingga masak, kemudian masukkan kacang panjang (yang dipotong seinci setengah)
Masukkan garam, dan apabila semua rasa yang terlibat ada, maka boleh tutup api dan boleh dihidang!





Terung Goreng Berlada


Cara-caranya,

Kunyit-garamkan terung (yang dipotong serong dan nipis nipis), dan goreng.
Ketepikan terung yang sudah digoreng.
Tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan sedikit belacan (yang kesemua telah ditumbuk), sehingga naik bau dan wangi
Masukkan cili dua atau tiga sudu, dan goreng hingga garing.
Masukkan sedikit air sebelum menambah sedikit garam dan gula.
Mendidih, tutupkan api dan boleh dihidang!


* Bolehlah mencuba-cuba resepi ini, kalau bimbang dengan kuantiti bahan, boleh agak-agak dengan banyak bahan utama. Selamat!

Comments

Popular Posts