Andai aku pandai menyanyi..
Hujung minggu yang meletihkan dan penuh aktiviti. Relatifnya kenyataan itu untuk seseorang yang berada di Malaysia Timur. Malam Sabtu ada Karnival Keluarga Petronas, ada Afdlin Shauki sebagai hos persembahan (ada juga mas idayu, amirul af, diddy af, blabla). Sekadar untuk menghabiskan kupon sempat juga kami merayau rayau makan dan menyelit antara ramai orang yang datang.
Sabtu sepatutnya saya mengemas-ngemas rumah dan mengemop dan mencuci-cuci tapi akhirnya lepas merayau sekitar bandar membeli barang dapur dan sebagainya, jadi letih dan menangguh kerja untuk ahad yang esok.
Bila ahad, cerah dan cemerlang matahari tiba-tiba mengujakan saya dan suami untuk menembak-nembak di Taman Tumbina (Taman Tumbuhan dan Binatang). Hampir sehari jugalah melawat-lawat binatang yang tak berapa ada di situ. Tak mengapalah, kami cuma mahu mengambil gambar serangga dan bunga kecil.
Sudahnya, hujung minggu saya tiadalah mengemas rumah. Oh, lupa, klimaks karnival itu, ada cabutan bertuah, suami saya dapat tempat pertama, alhamdulillah. (oh, tempat pertama bukan dapat myvi).
Juga, tajuk entri ini tiada kaitan dengan apapun, cuma lagu siti ini terngiang-ngiang di dalam kepala saya sejak sesi menembak maka saya tinggalkan di sini supaya tidak mengganggu saya lagi (bunyi macam seram).
p/s: gambar-gambar sampingan aktiviti hujung minggu.
Comments