Kari Ikan Pari
Bahan-bahannya,
Bawang putih, bawang merah, sedikit halia (yang ditumbuk atau digiling atau dikisar)
Buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis (bahan tumis)
Serbuk kari ikan 3 sudu besar (bergantung kepada banyak ikan)
Air perahan asam jawa
Ikan pari sederhana besar di potong empat
Santan kelapa (bergantung kepada kuantiti ikan, dan kadar kesedaran kesihatan)
Terung dipotong serong atau bendi atau kacang kelor
Sedikit minyak untuk menumis
Daun kari untuk aroma
Garam
Cara-caranya,
- Tumis bahan yang dikisar (bawang dan halia) bersama bahan tumis empat beradik sehingga wangi
- Masukkan serbuk kari, gaul sebati, dan masukkan daun kari untuk membangkitkan aroma
- Masukkan air asam jawa, tunggu mendidih
- Masukkan ikan pari, dan bila hampir mendidih, masukkan santan
- Kacau sentiasa sehingga pecah minyak, masukkan garam dan terung/bendi/kacang kelor
- Tunggu mendidih sambil sentiasa dikacau, dan siap untuk dihidang!
* Ikan pari di sini sangat murah, untuk 3 ekor sederhana besar yang boleh dipotong menjadi 12 bahagian hanya RM5!
* Ini kari versi saya yang diubahsuai dari resepi emak, boleh dicuba kerana mudah, dan jika tidak gemar kari bersantan, boleh saja buat tanpa santan, lebih pekat dan sihat!
Kacang Botor Goreng Berlada
Bahan-bahannya,
Bawang merah, bawang putih dan ikan bilis (ditumbuk)
Cili hidup (ditumbuk juga)
Kacang botor dipotong serong dan nipis
Sedikit minyak
Garam
Cara-caranya,
- Tumis bawang dan ikan bilis hingga naik bau
- Masukkan cili, dan tumis hingga garing
- masukkan sedikit air untuk mengelakkan hangus, dan masukkan garam (untuk larut bersama)
- masukkan kacang botol, kacau sehingga masak (guna api/haba tinggi untuk mengekalkan vitamin dan mengelakkan sayur terlalu layu )
- Sedia untuk dihidang!
* Antara hidangan kegemaran suami, maka kami tanam sendiri kacang ini, tapi malangnya telah musnah ketika semua rumput belakang rumah kami potong (bukan kami, orang potong rumputla). Harus tanam semula.
* Resepi mudah, lazat, dan banyak khasiat. (zat besi pada ikan bilis, antioksidan pada bawang, karotenoid pada cili, klorofil, protein, beta-karotin, kalsium dan fosforus pada kacang botor)
Comments