“Most of the time, when people talk about comfort foods, we think of things that are really bad for you -- cookies or chips, maybe,”
Kelmarin saya tiba-tiba rasa mahu makan biskut. Jadi cari-punya-cari dan selepas membanding resepi mana lebih mudah maka saya memilih untuk membuat biskut coklat cip dari sini. Saya bahagikan kepada dua bahagian, satu saya bakar terus, dan satu bahagian lagi saya sambung bakar semalam. Resepi, setelah saya ubah sedikit (mengikut selera dan bahan yang ada di dapur) seperti berikut:
Resepi biskut cip coklat:
220g mentega (saya gunakan marjerin, sebab mentega saya telah dibawangputihkan)
100g gula putih
80g gula perang (saya gunakan gula putih sebab tiada gula perang)
sebiji telur
150g tepung gandum
100g tepung beras
100g tepung kastad
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
5g serbuk koko
secubit garam
1. Mentega dan gula dipukul hingga kembang, campurkan telur.
2. Bahan-bahan kering semua diayak, dan dicampurkan dalam campuran mentega tadi
3. Bahagikan kepada dua bahagian, satu bahagian saya tambahkan 30g cip coklat, 50g kacang (ditumbuk kasar), 15g serbuk koko+5g milo (bahagian ini hasilkan Double Choc.Chip Cookies)
4. Satu bahagian lagi saya tambahkan 30g cip coklat saja (Choc. Chip Cookies)
Setelah bakar, saya lebih suka rasa Choc Chip Cookies, berbanding Double Choc Chip, mungkin kerana pahit koko menjadikan adunan agak kering dan sedikit padat. Dan secara jujur, saya masih mencari resepi yang ringan, rangup dan tidak terlalu padat (untuk biskut cip coklat).
Juga, disebabkan saya tiada penimbang, maka saya perlu mengguna ukuran cawan, dan bagi sesiapa yang gemar mencuba resepi baru, saya fikir ini sangat membantu (dari laman http://allrecipes.com)
Harus cuba lagi. Sesiapa ada resepi yang ingin dikongsi?
Comments