Wednesday, December 12, 2007

Selamat Ulangtahun Kelahiran, Najah!














Anak saudara saya yang pertama, ulangtahun lahirnya hari ini. Lahirnya pada tarikh ini empat tahun dulu, jadinya mungkin 9 bulan beberapa hari sebelum itu, di London, saya pasti. 

Alahai, sekarang dia di Manchester pula. Rindunya kami tuhan saja yang tahu. 

Sekarang, menurut kak long saya, sudah mula ke pre-school, sudah mula bercakap-cakap dalam bahasa Inggeris. Sampai dengan adiknya pun dia speaking. Baguslah, nanti pulang sini sudah bijak berbahasa Inggeris. Jangan lupa cakap melayu sudah. 

Entri ini untuk Najah, dari pagi mak lang cuba hantar, masalah jaringan entah kenapa. Tapi tak mengapalah, harap-harap Najah baru bangun tidur, boleh suruh ibu bacakan.

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-4 tahun Najah! Dari Mak Lang dan Pak Lang di Bintulu. (oh, nenek suruh kirim salam Happy Birthday juga untuk Najah, dari kami orang Melaka)

*Gambar-gambar tahun lepas, gambar dengan kek itu hari lahirnya tahun lepas. Juga, cekak rambut itu saya yang beri sejak hari lahir yang pertama. Moga-moga dapat pakai tiap-tiap tahun. (Iyalah, pakai sekali setiap harilahir, dah tak muat nanti beritahu  mak lang)

No comments: