It's best to avoid standing directly between a competetitive jerk and his goals
Semalam, tiba-tiba saya terlibat dengan pasukan Bola Jaring untuk rumah sukan suami. Rumah Mutiara. (Ya, di tempat kerja pun ada rumah-rumah sukan, untuk pengetahuan. Mutiara itu rumah Biru).
Nama pun secara tiba-tiba, tanpa latihan dan merancang strategi dan sebagainya, saya sebagai bukan-staff bersungguh-sungguh mengingat nama, dan berkenal kenal dengan teman sepasukan beberapa minit sebelum main. Syukur, mudahnya mesra dan kami kalah pada perlawanan pertama, meski sudah mendahului pada first half. Kalah 5-6.
Perlawanan kedua, alhamdulillah kami menang 6-2. Bagi seorang suri rumah yang lingkung sosialnya hanya di rumah, maka ini merupakan highlight of the week saya. Maka, silalah maafkan keterlebihan seronok saya untuk menempelkan gambar-gambar di bawah, yang bagi sesetengah orang; 'alahai, biasa saja, itupun mahu kecoh.' Maafkan ya.
Siap siap siap panaskan badan. (Itu sayalah. Yang mahu jadi mesra-kamera-sentiasa walaupun sedang warm-up)
(Kan saya dah kata, mujurlah jurugambar suami sendiri). Beratur sebelum bersalam salam dengan pihak lawan.
Bincang strategi sikit sikit dengan Mastermind pasukan. Oh ya, saya jadi GS. (Bukan GS yang itu, ini GS Goal Shooter bagi yang terlupa)
Oh, sudah pakai bip kaler hijau, perlawanan kedua. Ini berlatih latih sebelum mula.
(Kalau tak perasan bola mesti orang fikir saya buat tarian itik apakah ini)
Mensasar bola, bagi masa lah. Nanti saya tertekan susah pula mahu menjaring.
Eh eh eh, nasib baik tak terjatuh.
Untuk aksi aksi begini, pastikan, pastikan anda pakai deodorant.
Oh, ini kakak Raudhah (yang pernah saya tunjukkan dalam entri ini). Nampak dia kecil benar dalam stadium yang besar tinggi ini.
Itulah. Hanya mahu berkongsi. Doakan kami, ada lagi lawan lawan bola jaring petang ini.
*Oh, gambar dan tajuk entri ini hanya demotivation line yang saya gemar dari despair.com. Tidak, saya tidaklah despair begitu. Sukakan sarcasm mereka saja.
*Kredit: gambar semua diambil oleh Zulmaha.
Comments