Tuesday, February 5, 2008

Manusia kecil ini



Hujung minggu lepas kami meraikan ulangtahun lahir anak teman kami, di rumahnya. Sudah namanya meraikan kanak-kanak, maka antara jemputannya haruslah ibu bapa dengan anak-anaknya. Meriah juga, dan sudah lama juga saya tidak dikelilingi anak-anak kecil sebegitu ramai. Terus, menjadikan saya bertambah rindu dengan anak saudara saya. 





Gambar terbaru mereka, di sana.


Ini gambar dari album lama, 
waktu saya masih di semenanjung, 
dan mereka masih di Malaysia.


Oh, ini anak orang lain. Raudah namanya
Tak dapat picit-cium-dukung anak saudara, anak orang lain pun jadilah.



Teringat pula pantun ini,

Anak udang, anak tenggiri,
anak orang, bukan anak (saudara) sendiri.

Alahai.

No comments: