Malaysiaku Warna Warni



Saya hampir tidak perasan esok dan lusa adalah cuti, sempena tahun baru cina. Jika tidak kerana kalendar, saya hampir mengabaikan hiruk pikuk berlanggar bahu ramainya orang di pasaraya sejak dua menjak ini. Sudah pasti, yang ramai adalah kaum cina, dan buah mandarin berkotak-kotak di dalam dan luar kedai. Bagus juga kerana cuti ini bersambung terus dengan hujung minggu. Bukanlah saya masih sekolah atau bekerja (jika tidak tentu saya sudah peka dengan cuti ini), tetapi banyak yang boleh dilakukan cuti-cuti begini. Aktiviti memasak, potong rumput, joging, dan berkelah, antaranya. Seronoknya. 


Oh, juga saya ingin mengucap Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina, terutama yang saya kenal; Fong, Bee Aik, Kok Keong, Auntie Nancy dan famili, Auntie Ah Seng dan famili, Robert dan famili, dan Cikgu Chua. (Selain Cikgu Chua, yang lain merupakan teman lab di UKM dan jiran-jiran saya di Melaka). Oh, tahun ini tidak ada rezeki merasa kemewahan limau pemberian mereka. Setahu saya, kaum cina memberi limau sebagai simbol menambah 'prosperity' hidup mereka. Entahlah, yang saya pasti, limau mandarin memang sedap, berkhasiat dan adiktif. 


Kepada yang lain, Selamat Bercuti!

Comments

Popular Posts