Wednesday, February 6, 2008

Sotongku Hitam

Sudah lama tidak mengepos resepi. Hari ini, saya masak sotong. Masak Hitam. Masakan orang Johor (sebab saya tidak pernah makan dan masak ini sebelum kahwin, mak mertua yang ajarkan resepi ini). Cubalah, mudah!



Sotong Masak Hitam


1) Potong sotong bulat-bulat, dan bersihkan. Jangan buang dakwat pada misai sotong, picit kan dakwat dan gaul bersama sotong yang telah dibersihkan.
2) Tumis bawang merah+bawang putih+halia+kunyit (yang ditumbuk) sehingga wangi
3) Masukkan sedikit serai (yang diketuk) ke dalam tumisan tadi
4) Masukkan sotong (berserta dakwatnya, jangan terlalu banyak, cukup sekadar sotong bertukar hitam)
5) Biarkan sehingga sotong masak. Jika suka, masukkan hirisan kentang, dan masak hingga empuk.
6) Perasakan dengan garam, akhir sekali masukkan bawang dan cili hiris sebagai hiasan.
7) Sedia untuk dihidang!


Selamat mencuba!

Kemaskini 9 Februari, 2008.

* Dakwat sotong tidak beracun, malah telah dikaji mempunyai komponen anti tumor. Menarik!
* Masyarakat Jepun  dan Itali juga telah lama mengguna dakwat sotong dalam masakan-masakan mereka. 

No comments: