Kenek-kenek lah Udang
Sudah saya beritahukan, makanan laut di sini sangat murah. Maka jika terasa bosan makan ayam atau ikan, tidak jadi masalah kerana bekalan udang ada sentiasa, tanpa begitu mencederakan bajet. Maka, saya masak udang lagi.
Kali ini saya cuba resepi dari tin susu F&N. Kebetulan, susu cair ini sudah tinggal separuh, kalau tidak diguna, membazir, kerana kami akan tiada di sini minggu-minggu depan.
Marilah cuba bersama. Mudah. Saya tidak pernah menyangka masakan berkrim semudah ini. (Selepas dapat tahu, maka siap-siaplah, selepas udang, saya buat spageti bersos guna krim ini juga. Tak perlu beli krim segar atau susu).
Udang Mentega Bersos Krim (Cream Sauce Butter Prawns)
1) Udang (250gm yang telah dibersihkan), digaram dan ditabur sedikit lada sulah. Biarkan terperap selama 10 minit.
2) Goreng udang garing (atau saute juga boleh, asalkan udang garing), ketepikan.
3) Panaskan 2 sudu besar mentega, masukkan cili padi (dihiris, ikut suka berapa biji), daun kari (beberapa helai, dihiris juga), garam, gula, lada sulah, serbuk pati ayam, dan 150ml susu cair.
4) Gaul mesra hingga nampak pekat, dan masukkan udang.
5) Siap! Mudah, kan saya dah beritahu?
Tiada penglibatan bawang dalam projek masak-masak kali ini. Cuma kerana kami terlalu gemar bawang putih, maka saya masukkan garlic spread sedikit dalam mentega sebelum menumis. Baunya sungguh mengagumkan (kecualilah tidak suka bawang putih).
Cubalah, cubalah!
Lari sedikit dari topik dapur, saya sekarang terlalu mudah jatuh cinta pada lagu-lagu easy listening (mungkinkah kerana semakin berumur?). Antara yang diulang dengar seperti lagu-lagu Michael Buble (Everything, Save The Last Dance For Me, Home, pendek kata hampir semua lah), juga lagu James Blunt (Tears and Rain), dan walaupun bukan lagu baru, saya terus terkesan dengan Amos Lee (Colors) juga lagu Anna Nalick dalam Grey's Anatomy, Breathe. Mungkin ada beberapanya depressing songs, tapi saya suka. (Tak kisahlah kan, playlist saya). Cuma mahu berkongsi. Oh, juga lagu baru yang didedikasi Marliza pada saya, Colbie Caillat-Midnight Bottle.
Lagu memang boleh menghibur jiwa. Mudahnya meresap dan memberi kesan pada hati. Kerana itu jauhkan dari lagu yang boleh merosak jiwa. Dan lebih penting, sebagai seorang Islam, jangan sampai ia melalaikan. Jangan sampai lalai. Mengingatkan diri sendiri.
Sampai nanti.
Comments