Sukan orang Perancis ini

Hari cerah, langit sangat biru dan indah, awan kepul kepul putih dan suci, subhanAllah. Sabtu lepas, konon-kononnya saya terlibat dalam sukan Petanque, anjuran majikan suami. Lapan pagi sampai pukul tiga petang. Pada mulanya saya jadi peserta kerana ketidakcukupan ahli rumah sukan kami. Tup tup bila sudah lepas makan tengahari, ramai pula yang sudah tiba. Maka, tidak perlulah saya menyibukkan diri. Lagipun, saya memang tidak pernah main. 


Konsep permainan mudah saja. Seperti main guli, kata suami (saya tidak pernah main guli pun, main teng-teng, dan congkak guna lubang tanah, adalah), dan seperti lawn-bowl kata adik saya. Ada satu bola merah kecil (lihat gambar), yang menjadi paras tanda. Jadi, setiap peserta, perlu menikam (menurut bahasa orang sini) bola supaya menjadi hampir kepada bola merah. Bola paling dekat dengan bola merah mendapat point, dan dalam satu permainan ada dua pasukan, setiap pasukan terdiri daripada tidak lebih tiga orang. Ada jangka masa juga, 35 minit setiap pusingan. 


Balingan bola bukan seperti main boling, tapi membaling bola dari bawah. Mudah, dan saya fikir, ini bukan sukan yang memerlukan fizikal sangat. There isn't much sport in this game. Seperti Snooker, Pool, dan Carrom. Cuma harus tahan panas kerana ia bukan sukan indoor
Seronok juga, kerana pengalaman baru, dan yang paling seronok, kerana hari sangat terik, saya dapat lihat gaya topi yang pelbagai. Jom lihat gambar?


Bola merah, kecil saja. Bola warna perak dan hitam untuk bezakan dua pasukan yang terlibat. 

Tiada topi, guna tuala saja lah.


Panas sangat sebenarnya, cuma tetap mahu senyum bila kamera ada. Biasalah, saya.


Wah wah, mahu topi ini, tolong? Sempurna lindungan yang diberi, keliling kepala, lain daripada topi biasa yang hanya tutup depan kepala saja. 

Eh, sama?


*ORIGIN French, from Provençal pèd tanco, literally ‘foot fixed (to the ground),’ describing the start position. Baca lebih lanjut di sini.
* Gambar-gambar diambil oleh Zulmaha. Gambar lain ada di sini.

Comments

Popular Posts