Hai kudaku, kudaku lari kencang

Sebetulnya saya mahu upload gambar-gambar ke fotopages, tapi server fotopages sedang bermasalah mungkin. Tidak boleh buka. Itu belum upload gambar lagi, sudah lambat. Sudahnya saya melayan blog sajalah. 

Ini catatan rambang, pertembungan saya dengan binatang gagah ini. Agak banyak juga diguna di sini. Mungkin tidak lagi sebagai sumber pengangkutan utama, tapi masih ada yang memiliki, dan memelihara. Saya kira agak menarik juga dapat memiliki, (saya tahu mahal) dan menunggang jika ada. Saya belum pernah seumur hidup menunggangnya. Pegang pernahlah.

Sekali jumpa di tapak lapangan terbang lama, seorang bapa mengajar anaknya menunggang kuda. Seronok juga, kerana kawasan lapang dan tidak banyak gangguan orang lalu-lalang. Sekali lagi ketika berjalan-jalan petang minggu dengan kedua mertua saya tempoh hari, di Pantai Tanjung Batu. Ada orang memberi khidmat tunggang kuda dengan sedikit bayaran. Berapa, tidak pula saya tanya. Ambil gambar cukuplah. 



Lapangan terbang lama ini dekat dengan bandar. Jika kuda ini melalui bandar, dan berdepan dengan lampu isyarat, dia harus seiring berjalan dengan motosikal, ya? (Saya berfikir terlalu banyak, maaf, mahu tahu saja)

Ini bukan kuda. Saya di lapangan terbang lama itulah.

Ini di Pantai Tanjung Batu, dengan mak mertua. Latarbelakang kuda, yang remaja barangkali. Nampak pendek saja.


Tahukah anda, kuda mampu tidur berdiri? Baca tentang kuda lagi, (jika mahu) di sini. Selamat Hari Pekerja untuk semua pekerja seluruh Malaysia!

Comments

Popular Posts