Gawai, alien, dan kahwin
Lamanya saya tidak menulis. Sebetulnya ada cuti panjang empat hari di Sarawak, sempena Gawai. Maka, kombinasi cuti dan cuti sekolah, maka agak sibuklah dengan majlis kahwin dan itu dan ini. Macam-macam mahu saya ceritakan, tapi cuaca panas terik dan hujan sejuk menjadikan tekak saya diserang patogen jahat, minum air yogurt pun masih gagal hilangkan mereka.
Batuk-batuk dengan kahak tidak begitu menyenangkan sebab saya tahu masih ada kejahatan bakteria atau virus atau alien dalam tubuh. Saya juga agak kedadahan sebab baru makan ubat yang mengantukkan itu. Bosannya. Sudahlah lama tidak menulis, bila menulis merungut-rungut pula. Maaflah.
Saya meneman suami semasa dia bertugas mengambil gambar. Majlis kahwin orang melayu memang meletihkan. Saya yang tidak terlibat pun dapat rasakan keletihannya. Itu belum masuk adat beradat yang memakan belanja dan masa dan sebagainya. Ada gambar baru nanti. Agak menarik kali ini, sebab ada banyak salinan baju oleh pengantin. Saya fikir, orang Melaka saja yang rajin bertukar-tukar baju begitu. Orang Bintulu pun boleh tahan. Juga ada sesi outdoor photoshoot yang sangat menarik. Seronok, walaupun letih. (Ditolak faktor saya tidak faham bahasa orang sini, dan alien-alien jahat itulah).
Rajin-rajinlah menjenguk ke blog Zul nanti, ya?
Oh, saya doakan juga teman saya ini selamat menjalani pembedahan. Dan moga sihat sentiasa, amiiin.
Comments