Ayam, lada dan sawi

Ayam Masak Berlada




1) Goreng ayam dengan kunyit dan garam, jangan sampai terlalu garing dan kering, cukup sekadar masak.
2) Kisar bersama bawang putih, bawang merah, dan sebatang serai dengan beberapa biji cili hidup.
3) Tumis bahan kisar sehingga garing, sehingga terbit minyak. Masukkan garam dan sedikit gula (jika suka).
4) Masukkan ayam yang digoreng tadi dengan hirisan bawang besar dan daun saderi.
5) Cukup tergaul, tutup api, dan hidangkan.


Saya kira ini adalah orijin masakan minang atau padang kerana (sebetulnya) masakan ini kering dan pedas. Kalau waktu belajar dulu, memang lauk ini antara kegemaran saya. Ada biji-biji lada kelihatan bertaburan dan nampak ringkas, tapi sedapnya berbeza dengan sambal biasa. Sebab hidangan ini saya buat sendiri, maka tiadalah banyak sangat biji lada (seperti nasihat guru Biologi saya, kasihanilah ginjal anda, biji lada memang tidak boleh diproses cerna oleh ginjal). Cubalah, jangan lupa serai, ya?




Sayur Sawi Goreng dengan Udang Kering

1) Tumbuk bersama bawang putih, bawang merah dengan sedikit udang kering.
2) Tumis bahan tumbuk hingga naik bau, masukkan sedikit garam (jangan banyak, kerana udang kering sudahpun masin) masukkan sayur sawi yang telah dipotong. Gunakan haba tinggi sewaktu menggoreng sayur.
3) Masukkan cili potong, gaul, dan tutup api. Hidangkan!

Mudah amat sebenarnya buat sayur goreng. Saya kira semua orang pun tahu buat. Saya saja mahu buat gabungan warna pada entri kali ini, (for the sake of photoghraphy). Saya guna sawi batang putih. Agak pahit, sesuai dengan rasa masin-masin udang kering. Silalah cuba.

Comments

Popular Posts