Kita mimpi selepas hujan



Hujan lebat sejak petang kelmarin, bersambung sepanjang malam, dan masih ada titis-titis dingin pagi ini. Saya ada banyak baju baru basuh, dalam cuaca lembab begini, tidaklah begitu memberangsangkan proses keringnya. Saya sebetulnya suka cuaca sejuk sejuk begini, (selain kemampuan saya untuk tarik selimut dan menikmatinya di rumah sendiri), saya kerap mendapat idea untuk masak macam-macam benda pelik (bermaksud jarang dimasak) disebabkan keinginan makan terlebih-lebih bila sejuk.


Semalam saya buat bihun soto dengan bergedil ikan (kerana tiada daging), tapi tidak sempat mengambil gambar, maka tiada laporanlah. Terkejar-kejar memasak dan mengambil Zul di tempat kerja dan selepas berbuka ada latihan futsal. Nanti lain kali ada rezeki saya buat lagi, dan boleh kongsi resepi.

Hari ini saya seperti mahu masak nasi lah. Kalau jadi masak seperti yang saya rancang, saya kongsi gambar dan resepinya, ya?


Dengar cerita ayah saya, di semenanjung tengah meriah musim rambutan dan durian. Alahai. Entah pelik apa, di sini bayang rambutan dan durian langsung tiada. Jadi orang ketinggalan zaman pula rasanya. 


Sampai entri lain, semoga hari anda penuh bahagia!

Comments

Popular Posts