London, sedikit cebis


Saya tersambung dengan talian internet dari lobi hotel tempat kami menginap di Langollen, Wales. Ada terlalu banyak cerita dan pengalaman baru sepanjang hampir seminggu kami di rantau orang ini. Melihat sisi lain dunia, memang banyak memberi pelajaran hidup pada saya, dan Zul. Meski bukan semuanya indah, namun kerana kami berdua, maka seronok lah jadinya. 

Gambar ini diambil dari 135 meter atas paras laut, dalam kapsul bergerak London Eye. Kami sempat menikmati pemandangan hari panas dan cerah (dari banyak-banyak hari mendung dan hujan, meski musim sedang musim panas di sini), dan dapat lihat pandangan seekor burung bandaraya London.

Sebetulnya sekarang sedang tunggu Kak Long dan Abang Anas datang. Sementelah menunggu sebentar, saya mencuri-curi sebentar. 

Sampai sempat menulis lagi.  


Comments

Popular Posts