Pisang, coklat dan kek
Pisang seikat yang saya beli memang selalunya tidak boleh kami berdua habiskan seminggu. Maka selain buat pisang goreng, lempeng pisang, maka pilihan lain adalah kek. Tiba-tiba saya teringin makan kek coklat pisang, maka cuba-cuba mencari resepi. Boleh tahan sedap, tapi menurut Zul, dia lebih gemar kek pisang sebagai kek pisang, dan kek coklat sebagai kek coklat sahaja.
Tapi bagi sesiapa yang sukakan kelainan, kek ini boleh dicuba. Agak lembab, sebab ada susu dan guna minyak sayur dan bukan mentega. Resepinya ada di sini. Saya, er, sedikit malas mahu menulis semula. Cubalah!
Comments