Raut bilah pembatang taut, Kail berada dalam raga, Tidak sudah seluang melaut, Akhirnya balik ke tepi juga

Alhamdulillah, saya dan Zul telah selamat tiba di tanahair tercinta semalam petang, dan pulang ke rumahkami, syurgakami dengan kelegaan dan syukur yang amat.

Meski menghirup udara musim panas di London dan Paris sungguh memberi rasa istimewa, tapi bila angin panas dan bahang yang menyambut kami bila tiba di Bintulu, it is unbelievably wonderful. Baru saya faham dan setuju dengan 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri'. (Tapi kalau dapat pungut emas masa hujan, seronok juga. Saya mahu emas putih, lah, terima kasih).

Zul masih kurang sihat, sejak hari pertama di Paris lagi, ada sakit tekak dan panas dalam, dan kerana sudah tanggungjawab harus pergi kerja juga hari ini. Saya, pulang dengan gatal-gatal tangan eczema. Selain dari sedikit tidak sihat, cuti-cuti di London-Chester-Langollen-Manchester-Paris, sungguh, amat sangat menyeronokkan.

Ada banyak gambar mahu saya kongsikan, tapi kerana kerja rumah juga berduyun-duyun banyak, maka nanti bila sudah selesai saya sambung cerita dengan visual aid saya, ya?


Perjalanan ke London, pandangan dari atas Kuala Lumpur.


Pulang dari Paris ke Kuala Lumpur. Pandangan dari atas Luxemborg, Perancis.


Sampai nanti!

Comments

Popular Posts