Mabrouk El-Eid!
Tulus ikhlas dari kami berdua. Maafkan segala silap dan kekurangan, halalkan segala perkongsian ilmu dan cerita. Semoga hari raya ini menjadikan hati kita bersih dari segala sifat mazmumah. Dan sama-samalah kita merai'kannya dalam suasana penuh berkah!
Kami akan pulang ke Johor Bahru esok. Sehingga berjumpa talian internet dan kesempatan untuk update, (insyaallah kami akan bercuti panjang) maka maafkanlah kekosongan ruang ini. Nampak gayanya cerita di Paris memang betul-betul lama tertangguh. Mungkin saya belum mahu berpisah dengan bahagia di sana, dan mencurahkan sepenuhnya di sini, mungkin. Mungkin juga saya secara ringkasnya, suka bertangguh.
Apa pun, salam aidilfitri, berhati-hati di jalanraya, dan moga sejahtera di mana saja berada.
Comments