Nasi Itik



Saya masih belum habis resize gambar-gambar di Paris, maka masih belum boleh teruskan cerita. (Tapi jika mahu tengok gambar, Zul sudah lama upload di blognya, silakan).


Semalam, setelah agak lama bercita-cita mahu mencuba, akhirnya kami berjaya juga buat Nasi Itik. Resepi sama seperti Nasi Ayam, cuma tukar ayam kepada itik. Zul kepingin mahu mencuba, kerana pernah makan di satu kedai makan di Ipoh (lama dulu). Lambat juga daging itik empuk, berbanding ayam. Dan rupanya itik punya kurang lemak berbanding ayam, mungkin kerana rajin berenang.


Dagingnya sedap, manis, dan hampir dekat teksturnya dengan ayam kampung, cuma lebih liat. Agak terkukil-kukil lah berbuka semalam, cuba mengunyah daging. Habis makan, jadi lenguh rahang. Tapi puas hati. Akhirnya dapat juga buat sendiri, dan makan Nasi Itik.


Kalau mahu cuba, silakan.

Comments

jo said…
Ayyyiiiiiiiiiiiiiinnnnn... dormmate ku!

Popular Posts