The secret of happy living is not to eat what you like but like what you eat

Semalam hari terakhir untuk siri-siri membakar biskut raya. Antara sebab saya pilih biskut ini untuk dicuba adalah kerana saya pernah rasa sedapnya oatmeal cookies yang saya makan disediakan di Llangollen. Subhanallah, sedapnya. Cuba cari resepi di internet, ini yang paling hampir.


Saya hanya buat satu adunan. Sekarang sudah risau mahu bawa pulang banyak balang, cukupkah limit muatan kapalterbang?


Bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba, dan masih punya masa, resepinya di sini. Saya sudah rasa selepas terawih semalam. Mujur perut masih kenyang, kalau tidak memang habis juga satu balang. Sedap! Rasanya berbeza dengan biskut cip coklat yang saya buat sebelum ini, biskut oat ini lebih chewy, dan kaya dengan rasa (ya lah, dengan kulit kayu manis, buah pala, memang setiap bahan menyumbang rasa istimewa biskut kali ini). Cubalah.



Sebelum bakar. Saya memang suka buat biskut jenis free form, atau yang drop. Memang jenis gagal menerap (juga kerana tiada penerap).



Baunya semerbak ketika dibakar.
Lari-lari juga saya untuk elak bau, menggugat puasa betul.


Oh, untuk berbuka semalam, saya buat sardin gulung. Roti beli hujung minggu lepas masih banyak. Risau juga rosak, membazir pula. Resepi? Tidak perlulah. Mudah sangat, masak sardin, letak cili potong jika suka pedas, letak sesudu atas roti yang sudah digelek dengan rolling pin dan disapu marjerin, gulung, tampal dengan bancuhan tepung, celup dalam telur dan salut dengan serbuk roti. Saya tiada serbuk roti, guna oat saja. Goreng dan toskan minyak. Mudah.



Ada terlebih garing. Jangan biar lama sangat ketika goreng, memang cepat masak rotinya.


Oh, ini juga menu berbuka semalam. Sudah saya kongsikan resepinya di sini.
Ayam masak kicap.


Saya masih punya tugasan rumah yang belum selesai sebelum pulang raya. Walaupun tidak beraya di sini, rumah harus dibersihkan juga. Letihlah bila pulang ke sini, rumah kotor. Bukankah?


Comments

Popular Posts