Siri Liverpool

Hari terakhir di Manchester, sementara menunggu Kak Long dan saya memasak untuk bekal ke Liverpool, Abang Anas ajak Zul ke Car Boot Manchester untuk menebus kecewa hari sebelumnya (di York). Lama juga mereka memborong, sempat Kak Long siap masak, siapkan budak comel dua orang, dan saya siap packing barang untuk bawa pulang.


Sementara menunggu abahnya, Mak Lang mesti ambil gambar Najah dengan Nadhirah banyak-banyak, jadi bekal hilang rindu untuk Nenek, Atuk, Pak Ngah, Mak Teh, Pak Andak dengan Mak Su. Pendek kata, semua orang Melaka lah. Tengoklah tu, pandai sangat bergaya comel.



Sayang ibu, ya?

Dalam perjalanan ke Chester, sebetulnya mahu singgah Liverpool sebab menurut Abang Anas Liverpool juga ada Car Boot Sale. Tapi disebabkan Zul sudah memborong banyak di Manchester, maka tidaklah ke Car Boot lagi, cuma kami singgah sebab Zul kepingin singgah menjejak kaki di Anfield, sebagai peminat Liverpool tulen. Juga, Kak Long pun belum pernah ke Liverpool.

Di hadapan stadium Liverpool Football Club. Suka lah peminat yang seorang ini, saya peneman saja.


Konon-konon dalam lorong ke stadium. Tapi sebenarnya dalam Merchandise Store.



Masih dalam kedainya. Orang Liverpool juga ada slanga pelik yang sukar difahami.
Najah minta pada saya, 'Can I have some money, Mak Lang?, I want to buy lots of toys, so I need some money, please?'. Amboi, kata Kak Long. Ibu dengan Abah tak bagi, pandai mintak kat Mak Lang.




Lagi bergambar adik beradik.

Aha, singgah makan tengahari di depan Albert Dock yang cantik.



Abang Anas dengan anak-anak gadisnya.



Gambar atas, sudah sempurna kalau tiada beg depan Kak Long. Gambar bawah, memang tak boleh bagi peluang abah dengan ibu ambil gambar lama, terus datang. Kata satu famili, kan Najah?



Saya baru tahu The Beatles datang dari Liverpool, lapangan terbangnya pun diberi nama sempena menghargai kemasyhuran mereka, Liverpool John Lennon Airport.


Liverpool sedikit berbeza suasana dengan Manchester. Bangunannya, meski masih ada yang lama masih dikekalkan, lebih banyak bangunan baru dan canggih yang sangat menarik. Walaupun kami tidak sempat berjalan di sini, dari Albert Dock sendiri boleh nampak banyak bangunan dan sistem perbandaran yang cekap, bersih dan cantik.


Walaupun tidak lama di sini, dapat jejakkan kaki pun sudah cukup bersyukur. Terima kasih banyak untuk Abang Anas dan Kak Long yang bermurah hati hantar kami semula ke Chester, dan sempat singgah lagi di Liverpool, (dan terima kasih untuk Tom Tom yang begitu setia dan cekap menunjuk arah jalan).


Selesai di Liverpool, kami ke stesen kereta api Chester, pulang semula ke London.


Selepas ini, sedikit cebisan cerita lagi di London.

Comments

Popular Posts