Eat fresh, live green, learn more

Entri makanan lagi. Disebabkan kami sedaya upaya cuba untuk mengelak nasi untuk makan malam, maka sesuka hati saya cipta makanan, dengan apa-apa yang ada dalam dapur, dan seboleh mungkin mengurangkan kadar lemak dan minyak.

Saya tahu. Saya juga sudah bosan dengan keluhan tentang berat badan kami, tapi izinkan kami cuba lagi, ya?

Ini sandwic ayam.

1) Saya bakar roti dalam oven, untuk dapatkan extra crispy, berbanding guna bread toaster.

2) Ayam saya kukus dengan sedikit garam, lada sulah, potongan halia dan bawang putih, dikukus sehingga empuk. Kemudian saya de-bone untuk mengestrak isi. Tidaklah terlalu kecil, isinya sesuai untuk saiz gigitan (bite-size). Dua ketul ayam sederhana kecil, untuk dua sandwic.

3) Saya rebus sebiji telur, bila sudah masak, blanch dalam air sejuk serta merta. Kupas kulit, dan hiris nipis.

4) Susun isi ayam, kepingan telur rebus, dan hirisan timun, di atas kepingan roti yang siap disapu marjerin dan sos (boleh letak mayonis jika suka, tapi mayonis kan sungguh menggemukkan? Mengapa ambil risiko?)

5) Tabur sedikit lagi lada sulah untuk extra kick. Potong menyerong untuk persembahan makanan yang hebat. Sedia untuk dimakan!






Dari jarak dekat. Sandwic itu.


Sebenarnya, tak perlu beritahu cara-cara pun, semua orang pun mesti tahu buat sandwic, kan? Konon-konon ada tulis banyak dalam entri ini, biarlah ya. Lagi cemerlang kalau dapat roti gandum penuh serat, atau buang kuning telur. Ikut suka lah, seperti saya tulis tadi, ini resepi sesuka hati saya.






Oh, ini aktiviti hujung minggu lepas. Tidak pernah ada gambar saya termasuk ketika in-action, jadi pembantu peribadi Zul. Masukkanlah sikit, buat penghilang lelah. Sebetulnya tidaklah penat, Zul lagi super-penat berbanding saya. Tapi seronok jugalah tolong-tolong, dapat mengenal lebih ramai orang. Cuma jadi sangat awkward kalau tidak ada kerja dan duduk melangut tengok pengantin. Gambar rasmi masih dalam proses post-editing. Nanti bila sudah siap saya beritahu. Oh, lokasi ini di Jeti Sampan di Riverfront, Bintulu. Kapal yang kelihatan itu kapal nelayan rasanya.



Comments

Popular Posts