Paris: Siri II

Akhirnya dapat juga saya menonton kehebatan The Da Vinci Code bila AXN tayangkan filem itu hujung minggu lepas. Jadi terkesan saya dan membawa semula kenangan ketika di Paris, dan rasa rugi sebab belum sempat menontonnya sebelum ke sana, kerana jika tidak, tentu lebih memahami setiap simbol yang diterangkan Dr. Robert Langdon, meski bukan semuanya betul, tetapi seronok jika tahu. Seperti lukisan Mona Lisa, piramid terbalik dalam ruang legar The Louvre, lukisan lain Da Vinci, dan The Rose Line.

Ini menguatkan lagi usaha saya menyambung cerita di Paris, yang lebih empat bulan tertangguh. Wah, lamanya.

Hari ketiga kami di sana, selepas sarapan pagi dengan cereal, susu dan minum kopi, kami bercadang mahu melawat Menara Eiffel. Disebabkan pengalaman sarapan pagi pada hari sebelumnya yang kurang efektif, maka kami fikir selain menjimatkan masa, kami dapat menjimatkan duit Euro juga. Kedai makan untuk sarapan paling awal dibuka pukul 10. Siap makan, menunggu, dan itu dan ini, sampai pukul 11. Rugi masa. Ini kerana, masyarakat Perancis memang bersarapan seawal 6 pagi hanya untuk minum kopi, dan roti. Kemudian sarapan yang lebih berat (petit-de-jeune) sekitar 10 dan 11 pagi, sebelum makan tengahari (de-jeune). Budaya yang hampir sama dengan orang Malaysia, cuma portion makanan saja yang berbeza.

Jadi, kami terus bertolak ke stesen Metro Trocadero, satu stesen metro jauh dari Eiffel Tower. Dari sini, Menara Eiffel dapat dilihat dengan jelas dan sangat cantik.

Sampai-sampai, kami nampak gerai jual crepe (sebut: seperti crap). Selain tagine, crepe adalah satu lagi makanan yang Kak Mona dan Abang Hafiz cadangkan kami cari dan cuba di Paris. Walaupun baru lepas sarapan, kami beli juga, takut-takut tidak jumpa lagi atau tidak sempat cari orang jual crepe. Rasa dan rupa, memang seperti lempeng, cuma ada fillings yang boleh dipilih, ada filling jem buah, coklat, mentega, mentega kacang, dan macam-macam lagi. Saya dan Zul pilih nutella.

Ini Encik Jual Crepe, yang mulanya kelihatan sombong dan garang (a typical French), terutama dengan pelanggan US sebelum kami. Tapi bila kami beli, dan bila dia tahu kami dari Malaysia, dan kami muslim (sebab saya jelasnya bertudung), dia jadi sangat peramahdan baik. It's the power of being muslim, I guess.

Saya yang sangat happy dapat makan betul-betul mengadap menara Eiffel yang gah. Aktiviti cool nombor satu kami di Paris, tak kisahlah panas terik, asalkan cool. Makan crepe mengadap Eiffel Tower. Haha.

Makan sambil pakai cermin mata hitam. Super-coolness. Tahan panas. Tambah markah.

Mengunjur dari Trocadero. Eiffel Tower. Menara Eiffel. Dari sini memang boleh jalan kaki saja ke Eiffel Tower.

Jardins du Trocadero. Atau Trocadero Garden. Di Paris memang banyak taman, macam di London juga.

Dari kedudukan bawah menara Eiffel. Tepat. Dinamakan sempena nama perekanya, Gustave Eiffel.

Dibina dengan 2.5 juta rivet (yang boleh dilihat dalam gambar ini, seperti bolt dan nut) yang boleh mengembang dalam cuaca panas dan mengecut dalam cuaca sejuk. 

Selepas memutuskan kami tidak mahu naik ke puncak menara waktu siang (kerana ramainya manusia beratur, masyaAllah), maka kami terus melawat-lawat daerah lain di Paris. Kami naik metro lagi, ke Place de La Bastille. Pernah satu ketika merupakan tempat kurungan orang bangsawan, kemudian dimusnahkan bila berlaku Storming of the Bastille ketika Revolusi Perancis pada tahun 1789. Semua tahanan penjara dilepaskan (hanya ada tujuh orang, mungkin kurang relevan faktor kurungan, mungkin ada faktor politik di sini, mungkin, saya manalah tahu sangat sejarah Perancis. Sejarah Malaysia pun ingat-ingat lupa. Teruknya).

Sebagai memperingati tempat bersejarah ini, yang tinggal hanyalah tugu. Jadi tempat pusingan-bulatan (roundabout) yang sibuk.

Pusing-pusing, kami nampak basikal sewa. Letih jalan kaki, kami terigin cuba. Memang sudah lama mahu berbasikal sama-sama (sejak dulu lagi, tapi tak berkesempatan). Dinamakan Vélib', sistem sewa automatik dengan 1,450 stesen basikal pada setiap 300 meter dalam bandar Paris. Rasa letih berjalan, kami fikir mahu guna basikal sajalah hari itu.

Sudah lupa saya berapa tahun tidak mengayuh basikal. Mula-mula, berlatih dulu. Basikal dengan kelajuan (ada 4 gear), saya belum pernah guna. Senang sangat rupanya. Boleh laju kalau malas kayuh banyak, guna gear tinggi. Awal-awal guna lah gear satu, pick-up lebih. Macam kereta. Senang.

Zul pun berlatih juga. Ini memang jalan untuk basikal. 

Struggle juga mahu ambil gambar berdua. Letak kamera atas kereta orang, sudahlah posing atas garisan zebra, semua orang kena tunggu pelancong Malaysia dua orang yang jakun naik basikal mahu ambil gambar. Siap ambil dua kali. Haha.

Tengok muka saya excited. Saya memang senyum sepanjang masa atas basikal.

Rasa sangat laju sebab sebelum ini terhegeh-hegeh berjalan kaki ke sana-sini. Siap ada rasa bangga sikit bila tengok  pelancong lain yang melintas jalan kaki.  Di Paris, penunggang basikal memang diberi keutamaan jalan, dan boleh bunyikan loceng kalau ada orang tidak perasan basikal kita. Memang ada lampu isyarat pendek (dan sangat comel) khas untuk basikal. Lorong khas basikal, yang sama dengan lorong bas pun ada. Cuma sedikit kekok sebab jalanraya di sana pemandu di sebelah kiri (left handside), jadi jalanraya terbalik. Kalau mahu melintas, perlu tengok kanan, baru kiri. 

Oh, lupa saya beritahu, naik basikal keliling Paris hari ketiga ini, adalah aktiviti cool nombor dua kami (di Paris). 

Saya sambung lagi siri seterusnya. Nanti.

Comments

aa said…
Hi, I'm trying to figure out how velib works and i found your blog!! It would be great if you can explain a bit...

Apa yang saya faham, we have to subscribe (1euro sehari, 5euro a week)...setengah jam pertama adalah percuma, setengah jam seterusnya kene charge (tru credit card of course)

tapi klu dah pulangkan sebelum setengah jam, boleh pakai lagi x? I mean klu nk pakai lagi,kene amik yang baru...then kene charge 1euro lagi ke??

And for the credit card tu, does it mean that one credit card is allowed for one bike? (i'm traveling with my wife, can i use only my credit card to get two bike?)

and how does it work if i subscribe it through their website?

Thanx a lot if you can reply, doesnt matter if you can help or not:)
AyinEmran said…
Alamak, dah lupa. Tp yg pasti 1 credit card boleh guna utk 2 basikal. Sorry couldn't help you more.

Popular Posts