Berbeza berbeza, Kau dan aku berbeza, Kita memang tak serupa
Tag Pertama
Hari ini saya mahu sudahkan tag sajalah. Yang ini daripada Sareque, lama sangat, sampai hampir terlupa.
1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2) Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instructions with your picture.
5) Tag 10 people to do this.
Saya malas mahu ambil gambar paling terbaru, malas mahu siap-siap pakai tudung dan malas transfer dalam komputer dan kemudian kena resize. Ini memang gambar paling recent dalam folder gambar. Saya cuma resize.
Waktu ini di kedai makan, Refah kalau tak silap. Awal bulan ini, waktu, tak ingat. Kerongsang senget, dan ya, saya ada sedikit rabun. Waktu belajar dulu, waktu perlu ke kuliah saya guna cermin mata, tapi lama-lama bila tak ke kuliah, saya jadi malas sebab rabun tidak teruk sangat. Tapi baru-baru ini bila memandu saya jadi rabun tak nampak signage jalan, maka Zul belikan cermin mata ini. Panjangnya cerita. Oh, itu air limau ais. Buat-buat pandang tepi konon-konon candid lah, Zul suruh.
Gambar ini sengaja diblownkan terang. Too technical, i don't want to tell why.
Saya tak mahu tag sesiapa lah, kalau mahu buat, silakan.
Tag Kedua
Oh ini tag baru, Ayuni suruh saya buat.
"The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tag 6 people."
Comments