Cubaan pertama kali
Saya selalu pulang dari bandar Bintulu, tidak kira seorang diri atau dengan Zul, biasanya dengan perasaan yang tidak tenang dan marah-marah. Saya tidak pasti jika ujian undang-undang kenderaan di sini berbeza atau ramai yang ignorant. Atau mereka rasa jalan raya di bandar yang sesak dan sempit itu keluarga ayah mereka punya. Tapi saya selalu jadi emosi. Atau Zul. Atau kami berdua. Rasa mahu tumbuk kereta orang lain. Tapi menurut Marliza, mana boleh tumbuk atau sepak kereta orang. Saya dalam kereta. Betul juga.
Oh, sebetulnya mahu berkongsi resepi kek, cupcakes yang saya buat untuk Zul. Saya dapat resepi dari sini. Saya guna resepi Old Fashioned Chocolate Cupcake dengan frosting Soft Vanilla Buttercream.
Hasilnya? Cupcake ini lebih lazat dari versi kek coklat yang biasa saya buat, lebih pekat rasa coklat (dan sedikit leceh), dan frostingnya, terlalu manis untuk lidah kami. Mungkin boleh kurangkan gula ising jika mahu buat lain kali. Tapi jika kurangkan gula, frostingnya akan jadi lebih cair, dan sememangnya tidak sesuai untuk piping consistency (Jika ada yang mahu guna piping bag untuk deko kek). Mungkin boleh cuba frosting lain, ada banyak pilihan di sini. (Oh, saya terlalu suka dengan blog ini, boleh habiskan masa berjam-jam mengkagumi hasil cupcakes dan er, gambarnya).
Sebelum bakar, isi hanya 2/3 dalam paper cup.
Panas. Baru keluar dari oven.
Buttercream. Sedia untuk mendeko kek.
Cupcakes yang sudah belum dirapikan. Memang sampai sudah pun tidak rapi. Entah tangan saya atau memang tidak ada bakat.
Produk akhir. Saya tabur dengan colourful sugar deco. Jadilah, eh?
Saya fikir, lain kali boleh guna resepi kek yang sama, dan ubah frosting yang kurang manis, guna cream cheese, atau krim dengan rasa sitrus. Lain kali lah.
Dan saya mungkin perlu belajar dengan Zuera cara frosting cupcakes untuk cupcakes yang lebih cemerlang dan lazat.
Comments