Tentang cuti ini, yang bosan


Cuti raya Cina yang panjang dan membosankan.

1) Saya memang tidak setuju dengan sesiapa yang mengamalkan open burning di kawasan perumahan. Terutamanya waktu cerah dan panas macam hari ini. Punyalah saya cuba mengoptimakan kepanasan untuk selesaikan semua laundry, masa ini jugalah mahu bakar sampah. Selain baju saya bau asap, saya juga akan kena semput sikit sikit. Tak fahamlah orang-orang ini.

2) Zul sekarang sedang di hemisfera barat dunia. Di negara yang suhu siangnya 1 darjah celcius. Maka saya rindu dia.

3) Saya ada banyak kerja mahu selesaikan hari ini, sebelum pulang semenanjung esok (yeay!). Tapi, setakat ini, hanya 25% saja baru selesai. Pagi tadi saya selesema teruk, maka untuk menjimatkan tisu, saya kena baring. (Ini orang bakar sampah lah punya pasal, tapi alhamdulillah sudah tidak selesema lagi). Maka terlewat sikitlah selesai kerja. Saya cuba habiskan hari ini. 

4) Saya mahu selesaikan update cerita Paris. Sebelum pulang. Saya cubalah.

5) Tadi saya telefon pakcik teksi, untuk ambil saya esok (untuk ke airport). Rupa-rupanya pakcik itu cemerlang datang hari ini. Mungkin sebab saya terlupa beritahu bahawa sebenarnya esok. Kesian pakcik yang cemerlang, sudah datang sampai depan rumah saya tadi.

Saya akan update lagi, lepas selesai kerja-kerja lain, ya?

Comments

Popular Posts