Adikku sudah kahwin


1. Ya rabbi, hampir dua minggu saya tak kemaskini blog? Rindunya mahu berblog.

2. Alhamdulillah, majlis akad dan kahwin sudah selesai di Melaka. Mahu sempurnakan yang di Penang pula. Akan ke Penang petang ini, insyaallah. (Mahu makan Nasi Kandar!)

3. Zul sudah upload beberapa gambar nikah di blognya. Yang atas ini, saya pinjam dari dia lah. Tak sempat, sangat tak sempat untuk pilih dan edit.

4. Malam tadi saya mimpi saya diterima bekerja di kedai runcit turun temurun yang ada di kampung saya ini. Sebagai pembantu kedai lah, bukan pengurus kedai. Apa-apa sajalah mimpi mengarut saya.

5. Mahu sarapanlah, sampai nanti, insyaallah bila sudah di Bintulu.

Comments

Popular Posts