Di pinggir internet yang menyakitkan hati
1. Talian internet rumah saya agak menyakitkan hati minggu ini. Sekejap ada, lamaaaa tiada. Ini saya kejar-kejar mahu lepas ketagih tulis blog. (Ketagih lah sangat).
2. Emak, ayah, Dya dan Chad sudah selamat tiba di rumah Kak Long, syukur semuanya selamat. Terima kasih pada yang mendoakan. Walaupun terpaksa mengharung sedikit musim sejuk, apalah sangat berbanding rindu pada famili Kak Long yang sudah lama tidak terbendung, bukankah?
3. Otot-otot kuadrisep saya mengalami kesakitan sejak semalam. Sakitnya, sukar mahu bergerak dengan pantas. Itulah, main futsal punya pasal. Main futsal campur main tendang kaki orang sekuat hati, itu balasannya. Ampunkan saya, Ya Tuhan.
4. Entah-entah sempat pos entri ini atau tidak, sebelum line putus lagi, kita cuba, ya?
5. Selamat hari Jumaat, selamat berhujung minggu, semoga selamat lah semuanya.
Comments