Progress is made by lazy men looking for easier ways to do things


Gambar atas ini gambar soto.

Ia berharga RM18, sebelum ditambah harga servis tambahan dan tips.

Soto yang paling tidak soto yang pernah saya makan sejak lahir.

Soto paling berminyak dengan kapasiti minyak masak mempunyai ratio 1:3 kepada sup ayam.

Ketul nasi sangat kecil, lagi kecil daripada dadu.

Secara keseluruhan, sangat mengecewakan.

Saya makan sebab lapar. Terpaksa pesan sebab saya malas hendak keluar ke Maju Junction, takut terbeli baju sewaktu hendak beli nasi RM3. 

Saya makan ini, waktu temankan Zul berkursus di Kuala Lumpur, selepas majlis kahwin Dya.

Saya tulis begini sebab saya saja suka-suka. Masih bertangguh cerita kahwin, Penang, Paris dan sebagainya. 

Doakan saya rajin semula, ya kawan kawan?

Comments

Popular Posts