Yang dulu ku cari, Rupa-rupanya ada di sini



1) Boleh dikatakan saya menulis hasil aspirasi penulis dan pengkarya hebat. Seperti Marliza, dan perempuan ini. 

2) Hujung minggu yang panjang masih seperti hari-hari biasa yang lain. Dengan tambahan maraton FRIENDS rerun. Kosong, panas dan lesu. Zul kerja sepanjang cuti. Maka. Bosanlah sedikit.

3) Saya terkedu bila Zul beritahu mahu jual salah satu aset penting pada temannya. Saya jadi menangis tak semena-mena. Saya tuduh hormon saya yang terlalu emosi. Hubbudunnya. Teruknya saya. Ampunkan saya, Tuhan. Semua itu dunia. Saya minta hormon saya tidak terlalu sayang dunia. Saya masih ada akhirat yang perlu diutama.

4) Terima kasih pada Ayuni, sekarang sarapan pagi kami ada disertai pengisian jiwa dari TV9. Sesuatu yang buat saya sedar kembali 'Jangan berputus asa jika usaha tiada kesan. Kerana Allah itu tidak suka mereka yang berputus asa.'

5) Saya terfikir mahu menukar templat blog. Sesuatu yang dapat memuatkan gambar lebih jelas dan  besar. Tapi masih mencari. Ada, yang perlu dibayar. Tidak mahulah yang kena bayar. Saya mahu yang percuma dan bagus. Mesti ada, kan.

6) Kelmarin kipas bilik kami tiba-tiba tidak mahu berfungsi. Satu hari saya berpeluh-peluh dalam bilik. Kemudian Zul Penyelamat Jiwa (Zul The Resquer, adakah perkataan ini?) ajak saya beli kipas. Kemudian tiba-tiba pagi tadi saya terpetik suis kipas (yang rosak itu), tidak semena-mena dia pusing macam biasa. Ada misteri di situ. Atau seperti iPod Marliza, dia hanya mahu berehat dan tidur sebentar?

7) Saya mahu masak. (Lega ada entri pantas ini)

p/s: Tajuk entri adalah sedikit petikan lagu Mustika, M Nasir.

Comments

Popular Posts