Monday, August 17, 2009

Haiwan Serpentes dan Encik Bomba

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع
العليم

"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang di langit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Tadi ada anak ular masuk bilik belakang. Mula-mula saya ingat sudah keras dan mati. Bila saya telefon Zul beritahu, rupa-rupanya masih hidup.

Hitam, panjang. Tapi masih anak.

Zul pusing semula ke rumah, lewat pergi kerja. Mujur bomba datang. Terima kasih Encik Bomba. (Patutlah Hana begitu mengherokan mereka!).

(Patutlah Faqar pindah rumah dari kejiranan saya.)

Syukur alhamdulillah. Semoga kita semua dilindungiNya.

No comments: