Saturday, August 8, 2009

Salad kubis. Err, salad kobis.

Kadang-kadang selalu juga saya mengarang blog waktu memandu. Tapi kemudian depan komputer jadi lupa semua.

Tapi sebab menyampah entri tidak bertukar, walaupun saya tidaklah sibuk sangat macam orang lain, saya update jugalah.

Saya jarang masak semenjak-dua menjak ini. Zul sibuk kerja dan tidak pulang makan tengahari dan malam kadang-kadang ada orang bermurah hati belanja makan.

Kalau seorang, dan lapar, dan masa terlalu suntuk untuk masak nasi dan lauk dan sayur dan seribu satu macam yang lain, saya otomatik jadi malas dan buat makanan-makanan mudah seperti ini. Coleslaw versi saya.

Potong kobis halus-halus.
Gaul dengan Coleslaw Dressing Lady's Choice yang lazat sungguh itu.
Tabur dengan kacang, yang setelah dipanggang, ditumbuk kasar.
Makan depan TV.

Kenyang, alhamdulillah. Tak percaya?





Oh, kacang panggang memang sentiasa ada dalam dapur saya. Manalah tahu, tiba-tiba terbeli aiskrim, boleh makan dengan kacang tabur. Bubur, juga boleh tabur kacang. Pendek kata, kalau suka, semua benda boleh tabur kacang.

Oh lagi. Orang tidak suka sayur mungkin akan benci resepi ini.

Sekian.