Cerita laksam semalam
Semalam saya buat laksam, pertama kali cuba. Walaupun ramai sangat orang kata senang, dan saya pun dengan yakinnya buat, walaupun tiada pengukus.
Kali pertama canai laksam, gagal. Kemudian canai lagi, tebal sangat tidak boleh gulung. Kemudian datang putus asa. Tetapi saya bersemangat semula bila teringat, kenapalah susah-susah guna tudung periuk, guna non-stick pan agaknya boleh tak?
Kali ketiga, boleh! Walaupun tebal, masih boleh gulung. Dan buat kali terakhir yang keempat sebab mahu habiskan adunan terlalu tebal dan kemudian dia jadi pecah. Macamana mahu buat berbuka, cukupkah? Kuahnya banyak.
Akhirnya pergi beli kuey teow buat ganti laksam yang gagal. Agaknya di mana silap, lain kali mahu cuba lagi buat sampai jadi.
Makan dengan kuey teow pun sedap, sebab dua-dua dari tepung beras juga.
Gambar laksam? Tiadalah, tak sempat pun ambil, waktu berbuka terlalu dekat waktu saya selesai buat air untuk berbuka. Lain kali, kalau jadi, saya ambil.
Tiba-tiba saya kepingin kuih cara manis ini. Minta-minta ada di bazaar ramadhan. (Imej diambil dari mudah.my.)
Comments