Pasta dan ayam



Lama sangat saya tak tulis entri resepi.

Ini baru buat malam tadi. Sekarang musim Zul tak pulang makan tengahari, lagi pun kalau pulang pun, saya tak janji sempat masak. Kadang-kadang Kasih tidur, kadang-kadang kalau tak tidur, tak sempat masak sebelum tengahari. Maka kalau masak untuk malam memang masak yang paling ekspres dan paling mudah. One dish meal is a life (and time) saver, lah.

Chicken Spaghetti with tomato.

Cara-caranya,

1) Rebus spageti dalam air mendidih selama 13 minit, (ikut arahan paket) dengan sedikit garam dan setitis minyak. Mahu al-dente ataupun kembang lagi, terpulang. Angkat dan toskan. Ketepikan air rebusan. Jangan buang dulu.

2) Masukkan sedikit minyak zaitun (kalau guna minyak kelapa sawit pun tak berdosa), tumis bawang putih yang dicincang, dengan daun rosemary, bila sudah wangi, masukkan sedikit serbuk roti (bukan yang segera, tapi roti yang diserbukkan). Bila garing kesemuanya, angkat dan ketepikan.

3) Dalam kuali yang sama, tumis bawang besar (dicincang juga), sampai naik bau, dan masukkan tomato cincang (2-3 biji, terpulang kepada saiz hidangan), dan cili capsicum (juga dicincang). Masukkan sedikit air rebusan spageti tadi untuk memberi suasana kekuahan. Mendidih, masukkan sedikit garam dan pes tomato (2 sudu).

4) Kisar sos tomato dengan cili tadi hingga bersifat sos, kemudian didihkan semula ke dalam kuali. Masukkan ayam kisar (kisar ayam bahagian dada tanpa tulang), dan kacau hingga mendidih.

5) Masukkan sedikit oregano, kemudian rasa. Kalau mahu masin, tambahlah garam. Kalau suka manis, tambah gula. You do the math. Tapi agak-agaklah, ini hidangan pasta. Bukan mee goreng.

6) Ok, kemudian gabungkan kesemua parti. Gaulkan spageti dengan sos tadi. Kemudian sebelum hidang, taburkan kumpulan serbuk roti yang telah garing tadi. Taburkan juga daun parsli segar di atasnya.

7) Sedia untuk dimakan.

Resepi ini sebenarnya terinspirasi dari resepi Jamie, dan resepi pada paket luar spageti. Duduk rumah emak masa berpantang, tengok Travel and Living seratus kali, kalau tak terinspirasi tak tahulah kan.

Tapi konsep utama adalah pasta, tomato dan ayam. Maka yang lain-lain saya tukar ikut apa yang ada di dapur.

Sekian, selamat mencubalah!

p/s 1: Hidangan ini untuk dua orang.
p/s 2: Saya tiada pun daun parsli, maka gambar ada sedikit pucat.





Comments

yongE said…
ain,
camne nak serbukkan roti?? ahaha aku tau yg instant jek haa
AyinEmran said…
yong, blend je roti dlm food processor. heh.
Nida Shaari said…
hik hik baru nak tanya pasal serbuk roti dah ada org tanya..

tp kan akak ada terbaca pasal letak roti dlm peti ais biar dia jadi keras dan rangup kemudian kisar.. jadi juga serbuk roti.. he he he
AyinEmran said…
madulebah: boleh je asalkan bukan yg segera tu. menurut jamie la, heh.
baini said…
yay,ain update!..aku paham perasaan tak sempat nak masak,maryam pun sama,kadang tidur siang,kadang tak tidur,adoilahhh..
syana said…
ayin, pasta adalah kegemaran ketika ini. hari2 pasta pun takpe.

tapi masih kalah dgn suasana dapur.

sudi digajikan saya? :p
AyinEmran said…
syana: time ni la nak bermanja dgn husben takyah masak with solid reason. :) terharunya syana nak hire!
hihi. mestilah sudi.
AyinEmran said…
baini: kan. kau dahlah tgh sambung blaja. lagi mencabar kan.
Sasha Farina said…
hello sayang! rindu pada ayin.. dan kasih.
yerq said…
aku mula2 malu nak tanya camne nak serbukkan roti..sekali si yonge ini sudah tanya..wahhahaha
kucingorengemok said…
salam, kita tertinggal kapal terbang... tahniah! [re: kasih, bukan pasta ;)]
AyinEmran said…
sis sasha: miss u too, :)

yerq: beli food processor la yerq

KOG: takpe, thanks!

Popular Posts