Jejari ikan atas kacang pis lenyek kentang

Kadang-kadang bila duduk rumah lama-lama, kita akan rasa perlu inspirasi untuk masak. Mujur ada Nigella, atau Jamie, sebab saya bila masak tanpa perasaan, makanan jadi kurang sedap. Bila tak sedap, saya pun demotivated, Zul apatah lagi.

Panjangnya intro.

Ceritanya begini. Kami pergi beli barang dapur lepas Zul menghadapi assessment beberapa hari lepas. Jarang kami beli barang hari biasa, maka saya sangka, wah seronoklah tak ramai orang, tak payah rebut-rebut parkir dan bawang dan sungguh tenang lah, tanpa bersesak-sesak.

Rupanya. Memanglah tak ramai orang, tapi orang yang datang membeli barang semua bawa anak kecil berderet-deret, dan kebanyakan rak hampir kosong. Ayam tinggal dua ekor yang macam seganlah nak beli, sayur hijau cuma ada sawi, dan ikan pun tak berapa segar.

Maka saya cuma beli filet ikan untuk keperluan lauk basah. Lain kalilah beli ayam dan lain-lain.

Itu intro kedua. Haha.

Yang sebenarnya mahu kongsi resepi ini. Fish finger with Pea Mash. Resepi original dari Jamie Oliver, Salmon Fish Finger with Pea Mash. Saya google juga andaikata ada resepi asal di internet, tapi tiada. Malangnya saya malas mahu tulis resepi asal. Saya kongsi apa yang saya buat saja, ya?


Memang berbaloi download aplikasi 20 Min Meals Jamie Oliver, ada video, resepi bergambar step-by-step, dan tips-tips penting memasak. Sila-sila download kalau berminat. Oh, itu gambar rujukan, sila bandingkan dengan hasil akhir saya, tapi jangan ketawakan ya.


1) Pertama sekali, rebus kentang dengan air dan garam, (hiris nipis untuk mudahkan dilenyek). Saya guna 4 biji kentang saiz kecil untuk hidangan 2 orang. Selesai, toskan.



2) Kemudian masukkan kentang tadi ke dalam periuk semula dengan 125ml susu segar dan 150g kacang pis (saya guna yang dalam tin, resepi asal sepatutnya guna frozen pea). Didihkan selama 2 minit, kemudian tutup periuk dan tutup api. Biarkan sementara, dan kemudian lenyek kesemua yang terlibat dan tambah garam dan lada sulah. Siap.


3) Subjek kedua, homemade tartar sauce. Masukkan dua sudu besar mayonis, tambah sedikit bawang besar yang dicincang, dengan sedikit daun pasli, juga dicincang. (Resepi asal perlu letak capers dan gherkins juga dicincang. Apakah gherkins pun saya tak tahu). Kemudian sagat sedikit kulit oren, dan perah setengah biji jusnya ke dalam sos ini. (Resepi asal perlukan lemon, tapi saya tak ada juga, maka belasah sajalah). Ok, kemudian gaul semua, kalau perlu tambah garam dan lada sulah, silakan tambah sesedap rasa. Ok subjek kedua siap.

4) Subjek ketiga, dan terpenting. Fish finger, atau jejari ikan. Potong panjang-panjang filet ikan, ikut saiz jari.

5) Kemudian celupkan setiap jejari tersebut ke dalam campuran tepung, garam dan lada hitam (dua sudu besar tepung gandum, sedikit garam dan lada hitam). Biar tepung menyeliputi kesemua permukaan.

6) Selesai bertepung, celup ke dalam telur (sebiji telur yang telah dipukul), dan kemudian celupkan ke dalam serbuk roti (kisar dua keping roti dan gaul dengan sedikit minyak zaitun).

7) Kemudian goreng dengan minyak yang sedikit dalam kuali. Bila sudah garing kesemua bahagian, angkat, toskan dan hidangkan seperti ini.


Boleh makan sekarang.

Ada kelakar sikitlah warna pea mash saya, sebab guna kacang pis dalam tin yang memang sedia lembut. Kalau Jamie punya, ada cebis-cebis hijau saja. Tapi bolehlah ya? Zul makan selain dengan sos tartar tadi, juga dengan sos cili, sebab filet ikan ini jenis berkrim (tajuknya Creamy Fish Fillet).

Sekian laporan masakan. Cubalah, nampak macam sukar tapi sebenarnya senang.

Kasih menangis pula, sampai nanti!


Comments

Anonymous said…
Ya Allah gigihnya mama Kasih ni, sambil masak sambil snap gambar.
i love to cook/bake then nak share kat blog... tp disebabkan terlalu asyik (wakakaka, asyikla sgt!) didapo terlupa/terlalu malas nak amik gambar :P

will surely try on this nanti.nampak ringkas ;)



~coffeeaddicts~
Nida Shaari said…
dah lama kakak tak masak2 sambil ambil gambar.. apa tidaknya masak cepat2 lepas balik kerja, siap masak terus nak makan cepat2 pula.. hi hi
Marliza Radzi said…
Grrr. Sedapnya nampak! Biasalah puasa (eh kenapa kau selalu berikan entri masakan ketika aku berpuasa?!!!)
HW said…
Sedapnya! Masak adalah sukar jika Khayra ada bersama. Nanti dia pun nk segala apa yg ada di dapur eg. periuk, tupperware, sudu. Hehe :D

-Wahida-
AyinEmran said…
coffeeaddict: masa ni Kasih tido, dptlah kejap2 ambik gamba. heh

madulebah: saya pun kdg2 mmg tak sempat, ini kebetulan dpt dan ada masa.

marliza: alaaa sori? ntah apesal tah aku ni.

wahida: Khayra dah 'rajin' mengemas eh? kena belikan dia set masak yg mainan punya kot?
CikJa said…
yeay!! entry masak lagi.. aku suka entry masak kau, sbb ada gamba cantik lagi menggiurkan ahaha.. ;)
pidit said…
sgt rajin ok.hehe.pandai Kasih timing nangis.tau2 je mummy dia dah abis taip resepi kat blog.
AyinEmran said…
ieja: thanks :)

pidit: mmg dia, tp kdg tgh masak pun nangis, itu kira nasiblah labu. heh.

Popular Posts