Pasta dan ikan


Spageti lagi? Kali ini dengan ikan. Saya cuba cari resepi pasta dengan ikan, kebanyakannya dengan anchovies, yang rasanya lain dengan ikan bilis Malaysia kita, maka saya ubah lah sedikit. Masih tomato-base.

1) Rebus spageti seperti arahan di paket (jangan lupa masukkan garam dan beberapa titis minyak). Selesai, toskan dan jangan buang dulu air rebusan.

2) Tumis bawang besar dengan bawang putih (dicincang halus) dengan minyak zaitun. Bila sudah naik bau, masukkan ikan bilis (10 ekor, dicincang juga) dan gaul-gaul.

3) Masukkan pes tomato, kalau tidak cukup (macam kes saya) masukkan dengan tomato (juga dipotong kiub) sesuai dengan banyaknya pasta.

4) Masukkan sedikit air rebusan pasta sehingga kadar kepekatan yang anda mahu.

5) Gaul rata, masukkan garam, sedikit serbuk lada, serbuk oregano, dan sedikit serbuk rosemary.

6) Sebelum tutup api, masukkan daun parsli (juga dicincang halus).

7) Dalam acara lain, maksud saya dalam kuali lain, goreng (minyak sedikit) filet ikan yang telah digaram dan diladakan. *Ada sekali saya kehabisan filet ikan, saya guna ikan kembung. Boleh tahanlah, tapi dituduh sebagai ikan masin oleh seorang audien saya. Tapi tuduhan ditarik semula lepas makan. (Nampak sahaja seperti ikan masin. Jangan dipandang rendah ikan kembung).*

8) Ok, kemudian hidangkan sos pasta dengan spageti, dan bubuh ikan secara dramatik atas pasta. Presentation is everything, right? (Presentation saja kalau tak sedap tak guna juga, ya?)


Cincang tak berapa halus.



Kalau tidak suka ada ketul-ketul dalam sos, boleh kisar semula bila selesai masak sosnya.










Kalau mahu gaul siap-siap sos dengan pasta pun boleh.

Selesai update segera dari saya. Kasih sudah merengek. Sampai nanti!



Comments

Marliza Radzi said…
aku terliur tengok ikan tu (biasalah, puasa :P)

cantik ah gambar. mencik.
CikJa said…
aku slalu masuk je sardin dlm tin utk ganti mince meat dan gaul sume pasta + sos ala2 mi goreng. kalau rasa mahu tuka sket, masuk dlm casserole, letak cheese dan bakar jadi pasta bake..tp pasta bake kena kaya sos sket, kalu kering sgt tak best ;)
AyinEmran said…
am: sori, tp dah buka kan? harini puasa lagi?

ieja: that's an idea! casserole! tq ieja.
Dessert Queen said…
Ayin...hari ni akak nak komen..penat dah jadik silent reader lepas follow dari blog Kak Long..

1st time akak tengok pasta & ikan..yummy..so nanti boleh cuba..

Gambar cantek sangat sampai teruja nak try!

Popular Posts