Butter prawn



Mula-mula kan, saya fikir mahu gantung gambar makanan, kan. Tapi tiba-tiba rasa mahu berkongsi itu terlebih-lebih sampai tak sabar mahu beritahu, tolonglah buat resepi ini. Terlalu mudah, dan sangat sedap. Well, it's butter prawn. Kalau udang segar, memang sedaplah, kan.

Saya kan memantangkan diri dengan makanan laut (kecuali ikan) sampai Kasih empat bulan, maka ini pembelian pertama selepas habis pantang. Rindunya pada udang. Haha.

Resepi ini sangat mudah. Tolong buat, ya?

1) Bersihkan udang (setengah kilo), buang benang hitam di belakang dan potong sesungut tajam di kepala. Selawat. Goreng garing (deep fry), dan toskan minyak.
2) Pukul 4 biji telur kuning dengan sesudu besar susu sejat berkrim.
3) Panaskan kuali dan masukkan 5 sudu besar mentega/marjerin.
4) Masukkan campuran telur kuning dengan susu tadi, sambil kacau laju-laju sehingga bebenang halus terbentuk.
5) Masukkan beberapa helai daun kari, sedikit cili padi (dipotong, ini terpulang), garam, gula, dan sedikit granul stok ayam. Kacau lagi.
6) Masukkan udang yang garing tadi.
7) Siap! Tunggu azan maghrib, baca doa, makan!

Senang kan? Tolong, cuba ya?

Oh, lupa, kredit pada beliau, tempat saya cedok resepi ini.





Comments

Nida Shaari said…
kakak dah banyak kali cuba dengan pelbagai versi resipi tapi tak pernah jadi bebenang tuh.. haiiihhh.. tapi rasa tu tak kisah memang sedap.. he he he
AyinEmran said…
akak try yang ni. saya first time buat ni. jadilah bebenang, cuma terlebih butter, basah sket la.
dya said…
pantang mkn udang?kenapekah?takut kasih gatal2 eh.
Rin said…
baru buat wiken lepas.. tp takde butter lah. udang, tepung kentucky dan daun kari saja..

eh eh.. baru bgtau kat blog sendiri Ayin takmo post gmbr mknan.. ;)
AyinEmran said…
dya: a'ah sbb habis pantang k in ada try mkn udang ke sotong tah, pastu kasih mcm ada rash. tp skang dah tak.

Rin: ala sori? hehe.
eanlily said…
sy nk try ptg ni!!

Popular Posts