All you need is love. But a little chocolate now and then doesn't hurt.






Saya telah terliur bila baca tweet Hanis Zalikha tentang kek-kek hari raya yang dibuat emaknya. Maka saya buat kelmarin. In between attending to Kasih needs, sempatlah siapkan dan makan kek sebelum tidur. Ya, kami makan kek coklat sebelum tidur. Ya, kami memang gemuk. Malas mahu defensive lagi.

I've been using my recipe of chocolate cake since I learnt how to bake and that same recipe have been passed on to too many people. Resepi emak, sebenarnya. Dari arwah Induk, emak ubahsuai. Lazat, tapi menurut Zul, ia kurang presentable. Terlalu lembut, bila potong cepat tumbang. Dan kalau tak simpan dalam peti sejuk, memang cepatlah berkulat. Lembab, manis, memanglah kulat dan bakteria suka, kan.

Maka saya cuba resepi baru ini. Nampak dalam gambar susah nak tumbang, dan nampak lazat juga. Verdict? Audien saya yang paling kritis suka! Yeay! Tapi, leceh banyaklah kek ini. Kalau rajin, dan ada penimbang dapur boleh guna. Dan oh, kalau ada cake mixer memang lagi senang, sebab perlu pukul putih telur sampai kembang. Saya pukul putih telur depan tv sambil nyanyi Twinkle-twinkle little star pada Kasih sebab dia bosan dan mahu perhatian. Ya, saya belum ada cake-mixer yang sebenar. Saya guna tangan. Bukan guna tangan pukul-pukul putih telur tu, saya guna whisk yang ini, dan hayunkan pada putih telur. Aduh, letih tahu kena terangkan begini, siap google lagi untuk fahamkan.

Ok, sebab telah panjang lebar membebel, sekarang malas mahu salin resepi. Rujuk di sini, saya ikut semua cara dan bahan yang sama, cuma saya hanya guna 200gm putih telur saja, sebab sudah malas mahu asingkan putih dengan kuning, dan sebab telur hampir habis, kena jimat untuk breakfast juga. Haha.

Jadi juga, walaupun kurang putih telur. Putih telur yang sudah kembang saya fikir untuk menggebukan tekstur kek. Bila makan, sangat sedap. Zul approve kalau saya mahu buat bisnes. Haha.

Ok, selamat mencubalah. Banyak sangat membebel.




Comments

Akmar Emran said…
wah sudah update. Nampak sedap kek tu. Rindu betul kat Kasih lah!
AyinEmran said…
Dah update yeay! Kek ni leceh, kak long sibuk ain tak suggest ah buat. Nanti ain bg resepi senang dan sedap.
we all miss u too!
Marliza Radzi said…
Aku sukalah resipi kek kamu yang sering aku buat. Tak adalah tumbangpun, OK je.

Rajinnya kamu! Nak one slice please!
AyinEmran said…
marliza: aku pun suka, tp zul kata tak presentable. dan kalau aku buat slalu byk, maka tak muat peti sejuk. heh.
dyaemran said…
heh.sgt detail la orgnye kak in nih.perlu google eh nak terangkan kat readers..sgt suka bila baca ayat nih..'Saya pukul putih telur depan tv sambil nyanyi Twinkle-twinkle little star pada Kasih sebab dia bosan dan mahu perhatian'..
sila bukak kedai bakery cepat ye.kat melaka.pls.
AyinEmran said…
dya: haha insyaallah.
azura.naem said…
Terima kasih Ayin atas recipe yang telah menjadi recipe aku guna untuk cupcakesku. ^_^ Hanya Allah yang boleh balas budi, semoga Dia balas dengan benda yang baik2 sahaja.

Dan aku juga telah passing recipe ini kepada orang yang bertanya..hope that's fine..
AyinEmran said…
zuera: my pleasure bebeh. spread it out, lagi ramai guna, lagi bagus. :)

Popular Posts