Kasih's first swim
Jarang betul update Kasih punya milestone kan?
Alhamdulillah, budak comel ni sekarang sudah 6 bulan lebih. Sekarang, dia dah boleh meniarap, dua-dua arah. Belum boleh merangkak, tapi sudah boleh bergerak dari poin A ke poin B, dengan cara dia lah. Boleh reverse jugak, tiba-tiba ada bawah sofa. Haha.
Kasih pun sudah saya bagi makanan pejal masa dia 5 bulan setengah. Sekarang masih bereksperimen jenis-jenis makanan, kadang-kadang bagi bijirin beras, kadang-kadang bagi biskut bayi, kadang-kadang bagi gigit-gigit buah. Terbaru, bagi dia rasa sayur (Pea and Zuchini), dan surprisingly, dia suka. Tak pasti dia suka sebab rasa, atau sebab dia memang lapar (atau dia suka benda mahal, haha).
Hujung minggu lepas, Kasih belajar berenang buat kali pertama. Bukan belajar sangatlah, sebab Zul dan saya pun bukan reti berenang. Saya tahu asas floating, lepas tu dah tak tahu. Zul tak pandai pun floating, tapi dia boleh berenang. Haha.
Maka, untuk belajar betul-betul, nanti dululah Kasih ya? Ini main-main kenal kolam dan air. Dan percik-percik air, tendang-tendang air, ya?
Oh, sebetulnya mahu bawa ke kolam renang sebenar, tapi kami tak jumpa lampin untuk berenang (untuk baby, lah). Nanti buatnya Kasih tiba-tiba poop, kesian semua kanak-kanak lain kena percikannya. Maka ini home-version, kolam comel untuk budak comel.
Hello guys, ready to swim?
(Beli baju renang saiz besar, boleh pakai lama sikit. Tak sempat cari yang versi muslimah, ini pun kira ok lah kan? Yang lain semua seksi)
Mula-mula masuk air, dia gigil sikit. Sejuk kat luar, selama ni kan mandi dalam tandas, mana ada angin sepoi-sepoi. Tapi dia gelak-gelak excited. Geram betul.
Seronok. Kasih seronok, kami pun excited. Tapi sebab dia gigil sejuk, dapat berenang sekejap saja. Zul kata, next time, campur air panas sikit, kesian kat Kasih.
Nanti dah beli lampin untuk berenang, kita pergi kolam betul-betul punya, ya Kasih?
Comments
Comel sangat main splash. Hadi kalau mandi dalam duck dia mesti splash dengan bersemangat, satu bilik air basah. Haha.
mesti x sbr tunggu weekend kan?leh swimming.yeay!
marliza: haha, aku dah explain dlm sms. bintulu beb, whatdoyouexpect.
dya: cepat mak teh, bwk khayra swimming!
ana: sgt excited la acik ana!
kak long: haha by the time cik long balik, larat ke nak swing-swing Kasih? hehe.
(alaaa budak2 xpe pakai baju mandi seksi sikit :p)
ederq: thanks, :) awak jaga diri tau.
kasih makin tembamlah.adam mcm dah slim je..(risau pulak.hehe)
ayin, canner rambut kasih lebat sekata..seragam.. baby saya, sikit2 jek yang tumbuh.. x sekata lak tu...
nucad: rambut Kasih ikut gen Zul kot, lepas cukur mmg tak buat apa, minyak pun tak letak. kalau ikut gen family saya, belum tumbuh lagi ni. hehe.