Mencicah dengan sos coklat


Saya dah lama betul mahu cuba buat Chocolate Churros, selain sebab saya suka coklat, juga sebab saya mahu guna piping tips yang sudah lama beli.

Chocolate Churros atau choco churro ini makanan orang Sepanyol, sebagai makanan ringan macam donut atau cucur udang. Konsep sama saja dengan cucur atau cucoq, atau cekodok, atau jemput-jemput. Cuma kita cicah dengan sambal tumis, atau sos, dan bersifat savoury. Tapi mereka cicah dengan sos coklat, dan mestilah manis, kan.

Boleh tahan leceh jugalah, sebab pertama kali buat, saya belum tahu tips dan masih terjenguk-jenguk resepi. Tapi sedap, dan sungguh menebalkan lemak di kapilari darah. Bolehlah kalau makan sekali-sekala. Haha.

Resepi sila ambil di sini.

Saya puas hati lah dapat buat, nanti kalau tak buat sampai bila-bila rasa terpendam; bilalah nak buat churros ni. Kalau rajin, mungkin akan buat lagi. Kalau tak rajin, buat cucoq sudahlah.


p/s: Dalam dunia yang sempurna, churro saya mungkin tiada biji-biji coklat (yang kelihatan dalam gambar) sebab saya ada serbuk kulit kayu manis. Dalam dunia yang sempurna, saya mungkin tidak perlu tumbuk kulit kayu manis untuk jadikan dia serbuk. Hah!


Comments

Liyana said…
Pernah nampak ni masa tg AFC. Utk sarapan pun makan ni.
AyinEmran said…
liyana: hai, lama tak nampak. heh. Oh breakfast pun boleh eh?
Ummi Salsabila said…
Odah jumpa dua mommies buat curros ni.femes eh curros ni.hehe.

sedapnya.:)

Popular Posts