Kasih in crochet



Ceritanya begini.

Sebenarnya tiada cerita pun. Haha. This is just for the sake of updating. Sementara Kasih tidur. Dan sementara tunggu Zul pulang. Ya. It's 11ish pm and he's not home yet. Saya sudah lepas tahap berasa hati dia lewat pulang (saya haraplah), cuma saya kasihan betul dia kerja teruk-teruk sampai tiada masa untuk diri sendiri. Saya harap orang/majikan yang terbabit menghargai dia (dengan membenarkan kami pindah ke semenanjung esok. Haha).

Kami akan pulang ke semenanjung minggu depan, jika diizinkan Allah. Bulan lepas sepatutnya pulang, tapi tiba-tiba ada kerja penting Zul perlu selesaikan. Membazir enam ratus ringgit Malaysia begitu saja. Tak mengapa. Kami redha, mungkin ada hikmahnya. Allah knows best, right?

Kadang-kadang saudara mara selalu tanya harga tiket pulang semenanjung berapa ringgit. Dan saya selalu terkedu, akan errr errr lama. Pertama, sebab tak tahu mahu jawab harga tiket yang promosi atau harga last minute, atau nilai biasa. Kedua, sejak tak bekerja dan tak guna fikiran sangat untuk tujuan ilmu hisab, saya memang lembap sikit mengira (I suspect some brain deteriorating there). Maka lambatlah nak jawab. Alah, kalau jawab dengan jujur pun saya yakin tiada siapa akan ingat. They just asking to make up some conversation, I think.

Masih dalam topik pulang ke semenanjung. Ya, kalau akan pulang ke JB, kena kira harga KL-JB pula. Pelik betul saya kenapa Bintulu tiada kapal terbang terus ke JB, perlu transit ke KL atau Kuching dulu. Leceh betul perlu padan-padankan harga tiket dengan tarikh dengan harga yang mampu-beli.

Kadang-kadang kan, bila pulang semenanjung, macam-macam benda nak buat atau makan. Tapi selalunya, mesti tak sempat. Kita rasa dua minggu macam lama. Tapi tak sebenarnya. Contohnya, waktu saya pulang untuk bersalin. Saya duduk semenanjung empat bulan, tapi, saya langsung tak sempat makan mee goreng mamak. Itu satu contoh berkaitan makanan. Banyak lagi contoh lain yang malaslah saya nak tulis.

Akan datang, saya fikir mahu jumpa Marliza dan Hadi di JB, dan beli swimming diaper untuk Kasih, dan tengok-tengok Learning DVD untuk Kasih, atau jenguk Toy'sRUs, atau makan pisang goreng, dan saya harap sempatlah.

Kesimpulannya, bila nak balik semenanjung terus? Tak payahlah saya susun harapan teruk teruk macam ni.

Eh boleh sambung lagi kalau dah tulis kesimpulan?

Oh, sebelum terlupa, saya sekarang tak sempat sangat untuk tulis entri resepi. Kalau dapat masak dengan sempurna pun mesti dah lapar sangat, tak kuasa nak ambil gambar. Itu pun kalau Zul ada. Sekarang Kasih sedang belajar nak merangkak ke depan, maka saya risau-risau sebab dia laju sangat rolling atau mengundur. Tak boleh biar dia seorang. Pun, dia tak boleh tinggal lama seorang diri, dia akan jerit dan merengek. Saya beritahu Zul, kalau dapat makan tengahari pun saya dah cukup bersyukur.

Maka, untuk sementara waktu, izinkan gambar budak comel tembam ini ambil alih blog saya, ya? Tak sabarnya nak ajak Kasih masak sekali ataupun buat biskut sama-sama.

Perkembangan Kasih terkini. Saya rasa, gigi pertama dia sudah tumbuh. Tak nampak pun, sebab dia tak pandai tunjuk gusi lama-lama, tapi saya rasa dengan jari, ada ketajaman gigi dekat gusi bawah. Tajam. Haha. Emosi sedikit di situ. Anak saya dah besar. Kejap lagi nak masuk taska, lepas tu sekolah asrama. Sedih. Tiba-tiba tak? Haha.

Ok, Zul is home. Going to wrap this up. Kasih pakai crochet comel, satu nenek Melaka belikan, satu lagi, beli di kedai bayi di Bintulu. Haha, satu hampir ketat, dan satu lagi, Kasih 7 tahun baru boleh pakai, kot.





Sampai nanti!


Comments

cc said…
masyaAllah chomelnya kasih! :D

spt mahu gigit pipi beliau hehe
ederq said…
ya allah macam japanese girl. so kawaiiiii gegettttt dia
HW said…
Aku aminkan semua harapan ko, insyaAllah. Amin! :D

Tlg kiss pipi bambam Kasih ya! :D

-wahida-
Marliza Radzi said…
Jepun sangat budak ni! Nanti dia, dia balik JB nanti Aunty gigit pipi tu.

Kita rancang dengan rapilah (ewah). Bertemu dan ke FabulousMom serta ToysRUs bersama-sama, jom? Hehe.
AyinEmran said…
cc dan ederq: saya gigitkan untuk kalian. haha.

wahida: thanks babe. :)

Marliza: jom jom! Hari yg free utk kau Sabtu je la kan? Weekdays mesti keje kan.
nucad said…
aduhai... geramnye pipi kasih....grrr..muuaahh tuk kasih..
dyaemran said…
haha.nmpk x muat sgt dah yg mak belikan tuh..mak teh doakan Kasih n mummy daddy dpt pindah melaka (wah,terus melaka ek) as soon as possible.amin.
Anonymous said…
geraaammm la budak kecik ni.tembam sangat...hihi
gamba last skali yang tak tahan tu. memang jepun.sangat.pernah ke makan pipi dia sikit? (geram)
AyinEmran said…
nucad: thanks aunty, Kasih kiss back.

dya: amin, tak kisah Melaka ke apa, asalkan semenanjung. Heh.

lea: tembam sgt ke? Hehe dia dah susut sikit.

min: mestilah pernah. peha dia lagi selalu kena makan.
CikJa said…
makin cantik lah kasih :)).
semoga bleh balik semenanjung... aminnnnn
amal latiff said…
ya ampun comel bangat anak dara ayin ni..rs nk geget sgt pipi bam bam tu..
eh btw, yasmina pon ada baju merah yg sama mcm kakak kasih..hihi..nnt amal snap gmbr yasmina pakai baju tu eh..

Popular Posts