Wednesday, November 3, 2010

Mini pizza






Mini pizza ini saya buat dah lama. Itulah, kalau asyik beritahu alasan tak sempat, saya yang bagi alasan pun rasa nak muntah. Tapi itulah. Itulah kenyataannya.

Senang sangat. Base daripada roti pita. Sapu-sapu, tabur tabur, bakar sekejap. Siap.

1) Potong roti pita menjadi dua bulatan roti.
2) Sapu pes tomato. Ratakan.
3) Tabur cebisan ayam (saya saute sekejap dengan garam dan cayenne pepper), tomato hiris, olives, dan keju ceddar yang dipotong panjang. (Sepatutnya guna keju mozarella, tapi ceddar pun ok)
4) Bakar pada 180 darjah celcius, 8 ke 10 minit.
5) Siap, hidang!

Senang kan? Cubalah buat. Kasih dah menangis, sampai nanti!


2 comments:

Marliza Radzi said...

OK tak pernah cuba buat mini piza guna roti pita (pernah guna roti biasa). Akan dicuba!

Syhh Kasih syhh, Mummy nak YM dengan Aunty Marliza sekejap boleh? :P

AyinEmran said...

Hahaha nak YM! Nanti dah free aku bazlightyear.